Ini Senarai Telco Dan Pelan Untuk Bantuan Internet Pelajar IPT B40

Menerusi pengumuman Kementerian Pelajaran Tinggi, kerajaan telah mengumumkan Pakej Pelan Data Dan Peranti untuk pelajar IPT khususnya golongan B40.

Ia adalah untuk lebih memudahkan para pelajar yang sedang menyambung pengajian mereka khususnya kepada Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian.

Pengenalan


Bantuan Pelan Data diberikan untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh para pelajar khususnya untuk melanggan pelan data untuk mendapatkan capaian internet.



Untuk Bantuan Pelan Data, KPT memperuntukkan sebanyak RM24 juta untuk melaksanakan bantuan ini.

Bantuan ini akan melibatkan:

  • Seramai 320,396 orang pelajar yang berada dalam kategori B40.

  • Sebanyak 225,784 kad sim akan diagihkan kepada pelajar meenerusi kerjasama syarikat telekomunikasi khususnya Yayasan YTL dan Lembaga Tabung Haji.

  • Baki seramai 94,612 orang pelajar akan menerima pemberian tunai untuk pembelian pelan data.


Bercerita dengan lebih lanjut mengenai Pakej Pelan Data, terdapat 4 rangkaian telekomunikasi yang menawarkan pakej data khas untuk pelajar iaitu Celcom, Maxis, Digi, dan Unifi.

Celcom


Celcom menawarkan pelan data dan panggilan tanpa had melalui Xpax 35. Terdapat juga hotspot percuma sebanyak 3GB.

Kapsyen: Celcom


Pengguna juga boleh menambah data tambahan hotspot 1GB selama 1 hari sebanyak RM1, manakala 5GB untuk 3 hari sebanyak RM3.

Seiring dengan namanya, pakej ini boleh dilanggan pada harga RM35 sebulan.

Digi


Digi menawarkan 3 pelan berbeza iaitu Pelan Jalur Lebar Bersama Modem, Pelan Jalur Lebar Tanpa Modem, dan Talian Prabayar.

Kapsyen: Digi


Kedua-dua pakej Pelan Jalur Lebar boleh dilanggan pada harga RM28 sebulan dan menawarkan data sebanyak 35GB.

Perbezaannya adalah paker pertama didatangkan dengan modem TP-Link bersama kontrak 6 bulan. Sementara pakej kedua pula tiada modem dan tiada kontrak.

Pakej ketiga lebih kepada pakej biasa dengan 40GB kuota namun dengan harga langganan sebulan RM35. Berbeza Pakej Jalur Lebar, pakej ketiga menawarkan panggilan tanpa had untuk kesemua rangkaian.

Antara lain adalah pengguna boleh menambah kuota data pada pakej ketiga dengan harga:

  • RM3 - 1.5GB

  • RM5 - 3GB

  • RM8 - 6GB

  • RM10 - 10GB


Maxis


Maxis juga turut menawarkan tiga pakej berbeza untuk pelajar IPT melalui Hotlink Postpaid 40, Hotlink Postpaid 40 + Sosial Tanpa Had, dan Hotlink Postpaid 60.

Kapsyen: Maxis


Hotlink Postpaid menyediakan 16GB kuota data, serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian pada harga RM30 sebulan.

Hotlink Postpaid 40 + Sosial Tanpa Had pula sama sahaja dengan 16GB kuota data dan panggilan/SMS tanpa had. Namun pengguna boleh menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Pinterest, dan Snapchat tanpa had kuota. Harga langganan adalah pada RM40.

Pakej ketiga adalah Hotlink Postpaid 60 dengan kuota data lebih besar 30GB serta panggilan/SMS tanpa had ke seluruh rangkaian. Pengguna boleh melanggan pakej ini pada harga RM50.

Unifi


Akhir sekali adalah rangkaian telekomunikasi dari Unifi yang menawarkan dua pakej utama iaitu prabayar dan pascabayar Bebas.

Kapsyen: Unifi prabayar


Untuk pelan prabayar, terdapat dua pilihan pakej iaitu secara data LTE tanpa had secara mingguan pada RM12, dan juga data LTE tanpa had bulanan pada RM35.

Kapsyen: Unifi pascabayar


Pakej pascabayar pula berharga RM59 bulanan. Ia menawarkan data, panggilan, dan SMS tanpa had. Selain itu, pengguna juga diberikan 10GB hotspot untuk rangkaian LTE.