Sumbang Peranti Terpakai Kepada Yang Memerlukan Melalui Program MyBaikHati

Pada Mac yang lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah mengumumkan kempen MyBAIKHATI.

Ia merupakan inisiatif dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengumpul dan membaik pulih alat peranti komunikasi terpakai untuk disalurkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40). Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam program ini termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan TIME.

Maxis MyBaikHati

Terbaru, Maxis memaklumkan orang ramai sudah boleh menyumbangkan komputer riba, tablet atau telefon pintar terpakai melalui 10 Maxis Centre di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru.

Program ini akan dijalankan selama 12 bulan bermula 18 Mac 2021. Berikut adalah senarai penuh Maxis Centre, bagi anda yang ingin memberikan sumbangan peranti terpakai:

Lembah Klang

  • Maxis Centre KLCC

  • Maxis Centre TTDI

  • Maxis Centre Nu Sentral

  • Maxis Centre Cheras

  • Maxis Centre iCity Shah Alam


Utara

  • Maxis Centre Queensbay

  • Maxis Centre Prai

  • Maxis Centre Ipoh


Selatan

  • Maxis Centre Danga Bay

  • Maxis Centre Taman Molek


Perlu diketahui, setiap peranti yang disumbangkan akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikannya berfungsi dengan baik, tanpa kerosakan, dan dilengkapi bateri dan pengecas.

Peranti akan dibaikpulih oleh Maxis dan diset semula ke tetapan kilang, sebelum diserahkan kepada keluarga B40 melalui rakan kongsi NGO. Bagaimanapun, peranti yang tidak memenuhi syarat akan dikitar semula melalui program eWaste sedia ada.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web Maxis MyBaikHati.