Ini Senarai Inisiatif Khas Kerajaan Kepada Industri Telekomunikasi Sehingga 31 Disember 2020

Telekomunikasi adalah asas kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia.


Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa Data Percuma 1GB Sehingga Hujung Tahun Bukan Untuk Media Sosial Dan Permainan.

Jadi, inisiatif khas kerajaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) adalah terhad semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Inisiatif khas tersebut adalah khusus kepada akses kepada berita sahih semasa, pendidikan dan produktiviti.

Jadi, ini adalah senarai inisiatif khas kerajaan kepada syarikat telekomunikasi mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Untuk pengguna Celcom, Digi, Maxis, uMobile, Yes dan TM



  1. Internet Percuma 1GB diberikan setiap hari iaitu dari jam 8 pagi hingga 6 petang khusus bagi tujuan pendidikan, produktiviti, persidangan video dan berita.

  2. Akses percuma tanpa had untuk laman sesawang dan aplikasi COVID-19 seliaan kerajaan, khususnya aplikasi MySejahtera, Gerak Malaysia dan MyTrace.


Untuk pengguna Celcom, Digi, Maxis, uMobile dan TM sahaja.



  1. Akses data percuma kepada sumber berita utama di seluruh negara menerusi laman stayalert.my bagi membantu rakyat terus berhubung dengan berita rasmi dan maklumat terkini COVID-19 oleh TM.

  2. Panggilan Percuma ke talian kecemasan dan 'hotline' termasuklah Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC), Kemeneterian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri, Pusat Pengurusan Operasi Negara, hospital yang dikenal pasti bagi saringan dan rawatan COVID-19, 'hotline' PKP serta laman sesawang rasmi KKM dan WHO.


Untuk pengguna Yes sahaja.



  1. Percuma kad SIM dengan bersaiz 40GB data kepada semua ibu bapa dan pelajar di sekolah kerajaan, pelajar dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi bagi menikmati inisiatif 'Learn from Home'.

  2. Percuma kandungan pendidikan dalam talian yang dibangunkan bersama Teach for Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

  3. Percuma telefon pintar dengan 120GB data kepada pelajar daripada keluarga B40 yang layak.


Untuk pengguna TM dan TIME sahaja.



  1. Menyediakan kapasiti gentian tambahan bagi menampung penggunaan internet yang meningkat.


Sumber: SKMM

Berkaitan