Ini Sebab Mengapa Perisian Penyunting Teks, Notepad++ Disekat Di China

Notepad++ merupakan perisian penyunting teks ringkas yang digunakan untuk menyunting kod dalam tab yang berasingan. Namun kini, perisian percuma itu telah disekat di China.

Ia mungkin kedengaran agak pelik apabila sebuah perisian ringkas secara tiba-tiba telah disekat. Pengguna akan menerima mesej yang menyatakan perisian tersebut mengandungi "illegal information" apabila muat turun dilakukan.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika melihat pada nama bagi versi terkini perisian tersebut.

https://twitter.com/Notepad_plus/status/1294991670245818369

Menurut Notepad++, tindakan itu secara jelas diambil berikutan edisi Free Uyghur dan Stand With Hong Kong. Pada Oktober tahun lalu, pembangun Don Ho telah melepaskan Notepad++ v7.8.1 yang dinamakan sebagai edisi "Free Uyghur".

Turut disertakan dalam versi tersebut adalah mesej mengenai layanan kepada penduduk Uyghur di negara republik itu serta tindakan yang boleh dilakukan oleh individu tertentu untuk membantu mereka.

notepad++ disekat

Bulan lalu, edisi v7.8.9 telah dinamakan sebagai "Stand with Hong Kong". Nota yang dilepaskan itu termasuk perbincangan mengenai "undang-undang keselamatan kebangsaan" dan menerangkan bagaimana perkara ini membawa kepada masalah secara global. Hon turut menolak idea untuk menghalang kebebasan bersuara di negara itu.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter memberikan sokongan kepada Notepad++.

Sumber: PCMag

Berkaitan