Ini Sebab Bagaimana Cermin Cybertruck Tesla Boleh Pecah Ketika Demonstrasi Tempoh Hari

Next time...


Tesla telah pun memperkenalkan trak pikap elektrik pertama mereka yang dikenali sebagai Cybertruck. Walaubagaimanapun ketika demostrasi trak tersebut, ia tidak berjalan seperti yang dirancang.

Ini kerana apabila bola besi dibaling ke arah tingkap bahagian pemandu trak itu, tingkap trak tersebut telah pecah yang menyebabkan seluruh penonton terkejut, termasuklah Elon Musk sendiri.

Walhal cermin trak tersebut sepatutnya kebal dari pecah, sepertimana yang dikongsikan oleh Elon Musk di laman Twitter beliau sebelum trak tersebut diperkenalkan kepada umum.

https://twitter.com/elonmusk/status/1198090787520598016?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1198090787520598016&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.pcmag.com%2Fnews%2F35118%2Felon-musk-explains-why-the-cybertruck-windows-smashed

Walaubagaimanapun, cermin trak pikap itu sebaliknya pecah dan ia menimbulkan tanda tanya apa yang menyebabkan ia pecah.

Selepas dikaji, mereka mendapati ia berpunca apabila ujian pukulan kuat pada pintu trak dibuat terlebih dahulu. Impak daripada ujian pukulan tersebut telah  menyebabkan tingkap kaca retak dan ia mengakibatkan balingan bola besi tidak melantun lalu memecahkan bahagian tingkap tersebut. Akibatnya ujian bagi membuktikan cermin trak itu sebagai kebal telah gagal kerana ia telah pecah lebih awal.

https://twitter.com/elonmusk/status/1198772995021406209

Cybertruck Tesla menerima pelbagai kritikan sejak kemunculannya, khususnya terhadap rekaan trak pikap tersebut. Namun begitu menurut Elon Musk, Cybertruck Tesla yang berharga dari USD69,000 itu  sudah pun menerima lebih daripada 250,000 tempahan setakat artikel ini ditulis.

Sumber: PCMag