Ini Rupa Sebenar Virus Covid-19 Di Bawah Mikroskop Elektron

Virus pembunuh yang bertanggungjawab meragut lebih daripada 1,500 nyawa.


Insitut Kebangsaan Alergi Dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (NIAID) telah berkongsikan imej terbaru virus pembunuh novel coronavirus SARS-CoV-2 yang menyebebkan berlakunya wabak COVID-19.

Imej virus tersebut diambil dengan menggunakan mikroskop elektron oleh Makmal NIAID Rocky Mountain yang terletak di Montana yang mempunyai peralatan khas yang mampu mengimbas dan menangkap imej halus dalam format digital berwarna.

Daripada imej tersebut, dapat dilihat bahawa warna kuning itu menunjukkan SARS-CoV-2. Nama corona yang digunakan pada virus itu adalah berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud "Mahkota (Crown)".

"...most any coronavirus will have a crown-like appearance." NIAID



Anda boleh melihat imej-imej lain virus SARS-CoV-2 ini dari laman Flickr NIAID, atau memuat turun fail bersaiz 88.2MB yang mengandungi 7 imej SARS-CoV-2 dan 2 video pendek.

Setakat ini laporan media-media utama memaklumkan, jumlah kematian akibat daripada Covid-19 sudah pun melepasi 1,500 nyawa dengan jumlah mangsa yang telah jangkiti dipercayai sudah hampir mencecah 70,000 orang di seluruh dunia.

Akibat wabak Covid-19 ini juga, pelbagai acara-acara utama antarabangsa telah terpaksa dibatalkan seperti MWC 2020 dan CP+2020.

Berkaitan