Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Ramalan Cuaca Dari MET Malaysia Pada Hari Raya Aidiladha Nanti

Posted on Julai 8, 2022

Bagi memudahkan orang ramai khususnya umat Islam merancang untuk sambutan Hari Raya Aidiladha 2022 nanti, Jabatan Meterreologi Malaysia mengeluarkan ramalan cuaca untuk 10 Julai dan 11 Julai 2022.

Berikut adalah huraian ramalan cuaca untuk hari Ahad, 10 Julai 2022:

  • Pagi

Hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Tawau) dan WP Labuan.

Tempat-tempat lain tiada hujan.

  • Petang

Hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Sabah (Bahagian Pantai Barat dan Kudat)

Hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak (Bahagian Kuching dan Limbang), Sabah (Bahagian Pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan WP Labuan.

Tempat-tempat lain tiada hujan.

  • Malam

Hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Kelantan, Terengganu, Sarawak (Bahagian Kuching, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang), Sabah dan WP Labuan

Tempat-tempat lain tiada hujan.

Berikut pula adalah huraian ramalan cuaca untuk hari Isnin, 11 Julai 2022:

  • Pagi

Ribut petir di satu dua tempat di Perak, Sabah dan WP Labuan.

Hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Tempat-tempat lain tiada hujan.

  • Petang

Hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah (Bahagian Pantai Barat dan Kudat)

Hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak (Bahagian Kuching, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang), Sabah (Bahagian Pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan WP Labuan.

Tempat-tempat lain tiada hujan.

  • Malam

Hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei,Sibu, Mukah dan Kapit), Sabah (Bahagian Pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan WP Labuan

Tempat-tempat lain tiada hujan.

MET Malaysia menyatakan, walaupun secara amnya tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha 2022.

Tetapi kejadian ribut petir masih dijangka boleh berlaku di beberapa negeri.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir.

Jadi diharapkan dengan ramalan cuaca dari MET Malaysia ini, ia sedikit sebanyak membantu anda merancang sambutan Hari Raya Aidiladha lebih baik dan berjalan lancar.

Sumber: Met Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress