Ini Penjelasan Sebenar Dari Menteri Mengenai Isu Lesen Perfileman FINAS

Hari ini, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan isu bahawa penerbit wajib memohon lesen untuk menerbitkan apa-apa jenis penggambaran termasuklah media sosial.

Disebabkan ia menimbulkan rasa ketidakpuas hatian sesetengah pihak dan juga kekeliruan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Saifuddin Abdullah telah tampil menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi.

Menerusi kenyataan media dari kementerian, apa yang diperlihatkan oleh jawapan beliau ketika parlimen adalah kurang tepat dengan apa maksud sebenarnya.

Image may contain: text

Apa yang dibincangkan adalah beliau hanya menerangkan tentang undang-undang yang sebelum ini sudah ada iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

Untuk makluman, Akta ini juga sebenarnya telah digunakan selama ini termasuklah kerajan-kerajaan terdahulu.

Tambahannya, perbahasan dalam Dewan Rakyat pada hari ini adalah langsung tidak melibatkan Akta lesen tersebut dan tidak juga melibatkan soalan-soalan berkaitan kelemahan atau penambahbaikannya.

Namun, Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM) sedang menilai semula Akta ini untuk kegunaan masakini kerana memang memerlukan penambahbaikan pun.

Sehubungan dengan itu, apa yang dibahaskan dalam Dewan itu bukanlah merupakan keputusan akhir kementerian.

Pendek kata, buat masa ini kerajaan tidak berniat untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial. Jika begitu, mungkin anda sebagai pengkarya digital atau penerbit filem mungkin boleh menarik nafas lega mendengarkan kenyataan dari kementerian ini.

Seperti yang diketahui, menyekat kebebasan berkarya merupakan satu langkah yang menimbulkan kemarahan orang ramai disebabkan era sekarang yang lebih mudah untuk mana-mana penerbit untuk menjana pendapatan melalui media sosial.

Sumber: Kementerian

 

Berkaitan