Ini Mungkin TV Paling Mahal Yang Berada Di Pasaran Untuk Konsol PS5 Atau Xbox Series X Baru Anda

Harga bermula dari RM59,999.00.


Sony dan Microsoft masing-masing telah pun mengumumkan generasi konsol permainan terbaru mereka, PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Kedua-dua konsol terhangat yang amat dinanti-nantikan para peminat itu pula akan dipasarkan secara rasmi pada lewat tahun ini.

Buat masa ini pihak Sony masih belum mengumumkan tarikh rasmi PS5 dipasarkan. Tetapi Microsoft telah pun mengumumkan pelancaran Xbox Series X yang akan dilancarkan pada bulan November nanti.

Kehadiran konsol terbaru ini pastinya anda perlukan paparan TV terbaik yang akan dapat memberikan pengalaman bermain dengan kualiti visual menggagumkan.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Sony akan menawarkan model terbaru Bravia TV dengan resolusi tinggi sehingga 8K yang sesuai untuk PS5.

Tetapi anda mungkin mahukan pilihan lain yang lebih memuaskan hati anda.

Jadi, siri model TV QLED 8K dari Samsung mungkin akan dapat memenuhi kehendak anda.

Siri TV Samsung Q900 8K Smart QLED TV dikuasakan oleh pemprosesan Quantum dengan keupayaan AI, bagi  memproses gambar dan bunyi. Sekaligus memberikan pengalaman tontonan yang hebat.

Terdapat 3 pilihan saiz paparan boleh dipilih bagi model ini iaitu dari 75 inci yang berharga RM59,999.00, 82 inci berharga RM99,999.00 dan saiz 98 inci yang berharga RM299,999.00.

Samsung Q900 8K Smart QLED TV ini telah pun berada dipasaran sejak tahun 2019 lalu.

Info lanjut tentang TV Samsung ini boleh didapati di laman rasmi Samsung Malaysia.