Ini Mungkin Spesifikasi Utama PS5 Dan Juga Xbox Series X

Melalui 4chan, seorang pengguna telah memuatnaik maklumat spesifikasi yang dikatakan konsol PS5 dan juga Xbox Series X. Namun peringatan kepada pembaca bahawa maklumat ini tiada kesahihan memandangkan ia hanya ura-ura sahaja.

Ini adalah spesifikasi utama PS5 dan Xbox Series X:

Kapsyen: Imej dari Tom's Guide / Future


Spesifikasi ini adalah hampir selari dengan ura-ura yang pernah didengari sebelum ini. Melihatkan kepada imej tersebut, dari segi prestasi CPU, Xbox sedikit lebih berkuasa manakala kuasa GPU pula disandang PS5.

Kedua-dua konsol akan dimuatkan dengan teras khas untuk teknologi ray tracing. Dengan ray tracing ini, suasana dalam permainan akan menjadi lebih imersif dengan visual yang realistik.

Namun, dari segi audio, PS5 lebih menarik dengan teras 3D audio khas. Ciri ini tidak terdapat pada Xbox Series X.

Seperti yang dinyatakan, maklumat tersebut belum sahih dan hanyalah ura-ura. Tambahan lagi, boleh jadi terdapat perubahan dengan versi akhir ketika ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Sumber: 4chan