Ini Mungkin Spesifikasi Untuk Nokia 7 Plus

Nokia memulakan tahun baru ini dengan melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan, Nokia 6 edisi 2018 yang membawakan beberapa spesifikasi yang agak baik.

Tidak cukup dengan itu, jenama yang dimiliki oleh HMD Global itu dikatakan bakal hadir dengan sebuah lagi model kelas pertengahan, mungkin dengan nama Nokia 7 Plus.

Imej yang menampakkan spesifikasi telefon pintar terbabit sudah mula dimuat naik, tetapi kesahihannya masih diragukan.



Seperti yang anda boleh lihat, Nokia 7 Plus mungkin dilengkapi dengan Snapdragon 660, skrin paparan berukuran 6 inci dengan nisbah 18:9 dan sokongan resolusi 2160 x 1080 FHD+.

Dibahagian memori pula, ia menggunakan RAM 4GB bersama-sama dengan ruang simpanan sebesar 64GB.

Untuk Tetapan kamera, kelihatan dwi kamera gabungan lensa 12MP dan 13MP menghiasi panel belakang yang berupaya menghasilkan ciri 2x zoom. Dihadapan pula adalah kamera swafoto 16MP dengan sensor Tetracell dan difahamkan lagi, kedua-dua kamera depan dan belakang akan menggunakan lensa dari Zeiss. Menarik tentang spesifikasi khabar angin ini adalah ia bakal dilengkapi dengan ciri Bothie.

Lain-lain spesifikasi adalah, sokongan MikroSD, pengecasan pantas, port USB-C, Android Oreo 8.0 dan GPU Andreno 512.

Jika peranti ini dilancarkan dalam masa terdekat, ia dirasakan terlalu awal memandangkan Nokia 7 edisi 2016 baru sahaja mencecah umur 4 bulan dipasaran.

Sumber: NokiaPowerUser