Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Untuk Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10+

Pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 10 hanya berbaki lebih kurang 2 minggu sahaja lagi yang mana acara pengenalan tersebut dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos depan.

Seperti biasa, informasi-informasi awal mengenai peranti akan mula berlegar dikongsikan diinternet dan antara yang terbaru adalah spesfikasi penuh untuk Galaxy Note 10 dan Note 10+.

Kapsyen: Galaxy Note 10


Versi standard iaitu Note 10 disebut akan dilengkapi dengan skrin paparan Infinity-O 6.3 inci, Snapdragon 855 Plus/ Exynos 9825, RAM 8GB, storan 256GB dan tiga kamera belakang (12MP+16MPsudut lebar+12MP telefoto). Menjana peranti adalah bateri 3600mAh dengan sokongan pengecasan 45W serta pengecasan berbalik tanpa wayara  PowerShare dengan daya 15W. Untuk pengecasan berwayar, ia akan didatangkan dengan pengecas 25W serta S-Pen yang ditambah baik bersama sentuhan yang dipanggil "Air Actions".

Kapsyen: Galaxy Note 10+


Versi seterusnya adalah Galaxy Note 10+ yang diberikan sedikit perbezaan seperti skrin paparan Infinity-O 6.8 inci, RAM 12GB dan memori simpanan 256GB beserta sokongan kad MikroSD. Ia turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 855 Plus/Exynos 9825, tiga kamera belakang (12MP+16MPsudut lebar+12MP telefoto) termasuk sensor ToF.

Kapasiti bateri juga dilihat lebih besar sedikit iaitu 4300mAh dengan daya pengecasan yang sama.






































































Spesifikasi Galaxy Note 10 Galaxy Note 10+
Dimensi 151 x 71,8 x 7,9 mm, 167 g 162.3 x 77.1 x 7.9 mm, 198 g
Paparan 6.3-inches, AMOLED, FHD+, HDR10+, 60Hz 6.8-inches, AMOLED, QHD+, HDR10+, 60Hz
Cip Snapdragon 855 Plus atau Exynos 9825 Snapdragon 855 Plus atau Exynos 9825
Kamera Belakang

  • 12MP, f/1.5 + f/2.4

  • 16MP sudut lebar, f/2.2

  • 12MP telefoto, 2x zoom optikal, f/2.1




  • 12MP, f/1.5 + f/2.4

  • 16MP sudut lebar, f/2.2

  • 12MP telefoto, 2x zoom optikal, f/2.1

  • DepthVision ToF


Kamera Hadapan 10MP, f/2.2 10MP, f/2.2
RAM 8GB 12GB
Storan 256GB, UFS 3.0 256GB, UFS 3.0, slot kad MikroSD
Sensor Pengimbas Cap Jari Sensor Ultrasonic dalam paparan Sensor Ultrasonic dalam paparan
Bateri 3600 mAh 4300 mAh
Pengecasan USB-C, 45W, 15W PowerShare USB-C, 45W, 15W PowerShare
Sistem Antaramuka One UI berasaskan Android Pie One UI berasaskanAndroid Pie
Ciri lain S Pen dengan Air Actions S Pen dengan Air Actions

Walaubagaimanapun spesifikasi ini masih belum rasmi dan untuk maklumat lanjut serta kemampuan sebenar yang akan diberikan pada siri Galaxy Note terbaru ini, kita nantikan hari pelancarannya 7 Ogos depan.

Sumber: WinFuture - 1, 2, @OnLeaks - 1, 2