Ini Mungkin Skor Prestasi Cip Pemprosesan Kirin 990

Prestasi lebih kurang sama Snapdragon 855+. Masih belum mampu menandingi prestasi Apple A13 Bionic.


Seperti yang sedia maklum, Apple telah pun mengumumkan kehadiran ci pemprosesan A13 Bionic mereka dengan prestasi yang mengkagumkan.

Malah dari skor awal prestasi cip tersebut berdasarkan kepada laman sesawang Geekbench, prestasinya jauh mendahului cip pemprosesan Snapdragon 855+.

Bagi cip pemprosesan Kirin dari Huawei pula,  mereka telah pun mengumumkan kehadiran model terbaru cip tersebut iaitu Kirin 990 di IFA 2019 pada awal bulan ini. Malah Huawei turut mendedahkan prestasi cip terbaru yang dibangunkan mereka itu.



Huawei mendedahkan bahawa mereka telah meningkatkan prestasi Kirin 990 sebanyak 10% bagi Single-Core dan 9% bagi Multi-Core. Sekaligus meningkatkan skor prestasi cip tersebut kepada 3892 (Single-Core ) dan 12402 (Multi-Core).

Walaubagaimanapun, laman Geekbench telah mula mendedahkan skor awal yang dicapai oleh Kirin 990 (Huawei NLE-Al00) iaitu hanya 3842 bagi Single-Core  dan 11644 bagi Multi-Core.



Skor bagi cip Kirin 990 yang didedahkan Geekbench ini tidak pula diketahui sama ada ia adalah versi standad atau versi Kirin 990 5G.

Tetapi berdasarkan kepada skor awal tersebut, ia adalah masih jauh lebih rendah prestasinya berbanding cip Apple A13 Bionic yang mencapai skor tertinggi di laman Geekbench iaitu setinggi 5472 bagi single-core dan 13769 bagi multi-core.

Sebelum ini telah dibincangkan bahawa Apple A13 Bionic adalah jauh mengatasi prestasi Snapdragon 855+.

Ini menjadikan cip pemprosesan Apple A13 Bionic sebagai cip paling berkuasa dalam persaingan prestasi cip telefon pintar dan sekaligus menjadikan model terbaru iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max sebagai telefon pintar paling berkuasa setakat ini.

Berkaitan