Ini Mungkin Sebab Kenapa Semut Suka Masuk Ke Dalam Barangan Elektronik

Peranti elektronik berhampiran Houston, Texas pada suatu ketika pernah diserang semut yang dikenali sebagai "rasberry crazy ant". Menurut Associated Press, serangga jenis semut ini nampaknya tertarik dengan peralatan elektrik dan telah mengganggu perkakasan elektronik anda di mana sahaja ia pergi. Secara tidak langsung ianya telah menimbulkan kebimbangan bahawa semut boleh menyebabkan kerosakan yang serius terhadap peralatan elektrik.


Apa agaknya yang membuatkan semut ini tertarik dengan alat elektronik?


FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN SEMUT TERTARIK DENGAN PERKAKASAN ELEKTRONIK

Tiada sesiapa pun yang tahu dan pasti dengan alasannya yang sebenar.

Namun, semut api dikatakan mempunyai kaitan dengan elektrik (Drees, 1998) dan ada satu penyelidikan telah menunjukkan bahawa beberapa spesis semut mampu mengesan medan elektromagnet dan mungkin telah menjadikannya sebagai penunjuk arah kepada mereka untuk mencari tapak makanan atau sarang. Daya tarikan mereka kepada peranti elektrik buatan manusia ini mungkin merupakan satu perkara sampingan yang secara tidak sengaja terjadi.

Seorang parasitologi, Rich Pollack menyatakan, "semut-semut ini suka kepada perkakasan elektronik kerana beberapa sebab. Antara sebabnya adalah adanya suhu yang hangat, ruang tempat tinggal dan gelap."


Semut yang menghurung di CPU komputer


Spesis invasif seperti "rasberry crazy ant" disesuaikan dengan persekitaran yang sentiasa berubah, jadi mereka akan selalu mencari rumah baru. Di alam liar, semut ini mungkin bersarang di rongga kecil di bawah daun yang jatuh mahupun di dasar pokok kelapa sawit. Kotak suis elektrik, meter gas, atau PC menjadi sarang atau rumah yang ideal buat mereka juga kerana kawasannya yang kering dan mempunyai pintu masuk kecil yang mudah diakses.

Apabila "rasberry crazy ant" menyerang kotak elektrik, mereka tidak boleh pun memakan peralatan di dalamnya. Rahang mereka tidak cukup kuat untuk memotong wayar logam, tetapi mereka boleh mengunyah penebat yang lebih lembut di sekeliling mereka, mendedahkan wayar hidup dan menyebabkan litar pintas boleh berlaku.

Apabila seekor semut terkena kejutan atau renjatan elektrik, ia mengeluarkan pheromone penggera kimia yang seolah-olah memberitahu semut yang lain sebagai satu signal tanda bahaya dan ia akan berfikir bahawa "rakannya" itu telah diserang. Jadi, semut-semut yang lain akan mencetuskan lata atau pergi menghurung, mengakibatkan pengumpulan semut yang banyak sehingga boleh menyebabkan masalah lebih besar kepada sesuatu perkakasan elektronik tersebut.



CARA MENCEGAH SEMUT DI DALAM PERKAKASAN ELEKTRONIK

Apa agaknya cara yang berkesan ya? Menurut carian di Google, ada beberapa laman yang mengesyorkan cara-cara mencegah semut di dalam perkakasan elektronik. Antaranya ialah ;

1. Tutup Ruang Masuk

Mungkin boleh cuba tutup mana-mana lubang kecil yang terdapat di perkakasan elektronik anda yang boleh dimasuki oleh semut-semut ini. Ini mungkin dapat mengurangkan peluang mereka untuk cuba masuk lagi.

2. Menggunakan Plastik

Sediakan sebuah plastik atau lebih, kemudian cuba bungkus dan balut perkakasan elektrik tersebut sehingga kedap, betul-betul tiada udara. Secara tak langsung, oksigen di dalamnya semakin lama akan habis dan membuatkan semut itu akan lari mencari jalan keluar. Nak lebih efektif, boleh pakai plastik yang baunya tidak disukai semut seperi bau serbuk kopi.

3. Pakai Minyak Kayu Putih

Antara barang yang mudah didapati. Kebanyakan semut tidak suka dengan bau kayu putih ini dan pastinya akan membuat mereka terus lari keluar dari perkakasan elektronik anda. Caranya dengan menyapu atau menyumbat dengan kapas yang telah disaluti minyak kayu putih itu di mana-mana lubang atau ruang yang semut sudah hurung.

4. Pakai vakum/penyembur angin

Anda juga boleh menggunakan vakum khas untuk membersihkan bahagian dalam perkakas elektronik. Selain itu, penyembur angin turut membantu tetapi pastikan ia diguna secara berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada komponen dalaman peranti.

5. Buka/Mengasingkan semua bahagian

Cara ini mungkin paling efektif. Menurut beberapa laman, caranya adalah dengan membuka dan mengasingkan bahagian-bahagian di dalam perkakasan elektronik anda misalnya. Dengan cara ini, anda boleh melihat sendiri di mana ruang atau tempat yang telah dihurung oleh semut itu. Kemudian, jemur seketika dan bersihkan sahaja.

Akhir kata, jika anda tidak pasti dan meragui cara-cara mencegah di atas ini, saranan kami lebih baik bawa sahaja ke tempat servis supaya dapat dibantu terus oleh orang yang lebih pakar dalam bidangnya. Semoga semut itu hilang dan perkakas elektronik anda masih dalam keadaan baik dan selamat.

 

 

Sumber: Extension

 

 

Berkaitan