Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 14.6 wide

Ini Mungkin Salah Satu Tambah Baik Dalam iOS 14.6 Akan Datang

Diterbitkan Mei 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Minggu lalu, Apple baru sahaja melepaskan kemas kini iOS 14.5 kepada umum. Namun, pada hari yang sama juga, iOS 14.6 beta 1 turut diberikan kepada pembangun.

Apa yang menariknya, kod yang hadir pada iOS baharu itu memberikan gambaran bahawa Apple Music akan menawarkan audio berkualiti tinggi atau HiFi.

Tambahan lagi, ia turut menyatakan yang mana fungsi tersebut hanya terhad kepada AirPods Pro, AirPods Max dan terbaru sahaja. Akan tetapi, mungkin Apple akan menetapkan spesifikasi yang diperlukan pada peranti audio jenama lain bagi menikmatinya.

Ini Mungkin Salah Satu Tambah Baik Dalam iOS 14.6 Akan Datang
Sumber: Digital Trends

Selain itu, Apple Music dengan fungsi ini tidak akan diberikan secara percuma kepada semua pengguna sebaliknya Apple dijangka mengumumkan pelan langganan baharu bernilai US$9.99 (RM40) sebulan.

Setakat ini, hanya Tidal sahaja yang memberikan kepuasan kepada golongan audiophile tetapi kandungannya tidak sebanyak yang ada pada Apple Music mahupun Spotify.

Bahkan sebelum ini juga, Spotify turut mengumumkan audio berkualiti tinggi kepada penggunanya.

Sumber: macrumors

Kredit Foto Utama: iPhonewired

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY