Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S21

Ini Mungkin Jenis Kamera Yang Dipasang Pada Siri Galaxy S21

Diterbitkan Januari 5, 2021 oleh Helmi Samsuri

Samsung semalam tengah mengesahkan acara Galaxy Unpacked pada 14 Januari hadapan. Dalam acara tersebut, pengeluar itu bakal memperkenalkan barisan peranti baharu dalam siri Galaxy S21.

Kini menghangatkan lagi penantian peminat menjelang tarikh berkenaan, spesifikasi penuh mengenai kamera peranti itu mula berlegar di internet. Menerusi poster yang dimuat naik oleh Evan Blass, ia memperlihatkan penggunaan sensor 108MP sebagai kamera utama untuk model S21 Ultra.

Ini Mungkin Jenis Kamera Yang Dipasang Pada Siri Galaxy S21

Model tertinggi itu turut dilengkapi dengan dua sensor 10MP telefoto serta satu kamera 12MP untuk sudut ultra lebar. Bersebelahannya pula terdapat ciri Laser AutoFocus yang mana sedia ditawarkan pada Galaxy Note 20 sebelum ini. Rakaman hadapan pula digalas oleh kamera 40MP.

Dua lagi model, S21 dan S21 pula dikatakan hadir dengan tiga kamera sahaja. Ia terdiri daripada lensa 12MP sebagai kamera utama, 64MP telefoto dan 12 MP untuk ultra lebar. Sementara itu, bahagian hadapan menggunakan kamera 10MP.

Ini Mungkin Jenis Kamera Yang Dipasang Pada Siri Galaxy S21

Buat masa sekarang, informasi ini masih belum rasmi lagi dan untuk lebih maklumat, sama-sama kita nantikan acara Galaxy Unpacked yang dijadualkan berlangsung pada Khamis minggu hadapan.

Sumber: Voice

Kredit foto utama: ZD Net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY