Ini Mungkin Harga Jualan iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max

Saat yang dinanti-nanti peminat Apple bakal berakhir beberapa jam sahaja lagi dimana pelancaran tiga buah model iPhone akan berlangsung sekitar jam 1 pagi ini waktu Malaysia. Menjelang acara pelancaran tersebut, satu-satunya perkara yang menjadi topik perbualan hangat ketika ini adalah harga jualan yang bakal diletakkan pada ketiga-tiga model tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Weibo, harga bagi model iPhone 11 akan bermula dari $749 bagi memori 64GB, iPhone 11 Pro $999 dan iPhone 11 Pro Max pula $1099. Senarai harga mengikut variasi memori seperti dibawah.

iPhone 11

  • 64GB - $749 (~RM3089)

  • 128GB - $799 (~RM3335)

  • 256GB - $899 (~RM3752)


iPhone 11 Pro

  • 128GB - $999 (~RM4170)

  • 256GB - $1099 (~RM4587)

  • 512GB - $1199 (~RM5005)


iPhone 11 Pro Max

  • 128GB - $1099 (~RM4587)

  • 256GB - $1199 (~RM5005)

  • 512GB - $1299 (~RM5422)


Imej yang didedahkan itu turut memperlihatkan Apple Watch S5, AirPods dan AirPower tetapi tidak infromasi selengkapnya. Walaubagaimanapun, kita perlu menanti sehingga awal pagi ini untuk mengetahui sama ada harga yang didedahkan ini sepadan atau tidak dengan pengumuman yang akan dibuat oleh pihak Apple.

 

Sumber: Weibo via GSMArena