Ini Mungkin Gambaran Awal Bagi Samsung Galaxy S22

Seperti yang diketahui, kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran masa sekarang sudah banyak berkolaborasi dengan jenama kamera.

Terbaru, Samsung turut dilaporkan akan bekerjasama dengan Olympus untuk memuatkan dalam kamera telefon pintarnya.

Kini, letsgodigital sudah memuat naik gambaran awal bagi rekaan telefon Samsung Galaxy S22 yang dijangka dilancarkan pada tahun 2022.



Berdasarkan konsep yang diperlihatkan, ia menampilkan modul kamera yang sama akan tetapi terdapat kamera utama yang agak besar pada bahagian belakang.

Sebenarnya, ini selari dengan apa yang diumumkan dimana Samsung bakal memuatkan sensor kamera beresolusi 200MP.



Selain itu, pada paparan hadapannya juga tidak lagi kelihatan kamera swafoto dan mungkin Samsung akan memperkenalkan lensa yang terbina di dalam skrin.

Samsung smartphone selfie camera

Walaupun Samsung antara jenama yang popular untuk pasaran Android, tetapi mereka kini sedang mempunyai saingan hebat dari jenama telefon seperti Xiaomi yang kian mendapat perhatian.

Oleh itu, Samsung perlu menawarkan sesuatu yang lebih bagi menarik semula minat pengguna.

Sumber: Letsgodigital