Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Merupakan Peranti Huawei (Cip) Yang Akan Menerima HarmonyOS

Ini Merupakan Peranti Huawei (Cip) Yang Akan Menerima HarmonyOS

Diterbitkan Oktober 6, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada Huawei DEVELOPERS CONFERENCE 2020 yang lalu, sistem operasi Hongmeng OS 2.0 atau HarmonyOS telah diumumkan.

Versi beta bagi sistem operasi ini akan dilancarkan pada December 2020 dan pada tahun hadapan, kesemua peranti Huawei akan menerima sepenuhnya HarmonyOS.

Menurut presiden jabatan perisian pengguna BG Huawei, Wang Chenglu, mereka akan memberikan versi beta kepada pembangun perisian peranti pintar seawal December ini.

Manakala, pengguna akan menerima versi tersebut pada Januari dan Februari tahun hadapan. Namun, pengesahan rasmi terhadap sistem operasi ini akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ia dilancarkan kepada umum.

huawei harmonyOS

Selain itu, menurut penulis blog Weibo, beliau telah mendedahkan beberapa peranti Huawei yang akan menerima kemaskini HarmonyOS mengikut jadual. Berikut adalah peranti tersebut:

  • Kumpulan pertama – Kirin 9000 SoC
  • Kumpulan kedua – Kirin 990 5G
  • Kumpulan ketiga – Kirin 990 4G (separa)/985/820(separa)
  • Kumpulan keempat – Kirin 820 (separa), 980, 990 4G (separa)
  • Kumpulan keempat dan terakhir – Kirin 810, 710 (separa)

Berdasarkan jadual tersebut, jelas bahawa Huawei akan mengeluarkan kemaskini HarmonyOS berdasarkan cip pemproses peranti. Sementara cip peranti mercu akan menerimanya dahulu.

huawei kirin

Namun, laporan ini masih belum mendapat kepastian terhadap peranti Huawei yang mana akan mendapat kemaskini HarmonyOS.

Sejak larangan Huawei dilakukan kerajaan Amerika Syarikat, pembangun dari China itu terus mempercepat dalam membangunkan sistem operasi mereka sendiri.

Ia mungkin mengambil masa yang lama bagi mencapai prestasi seperti Android atau iOS. Apa yang pasti, Huawei akan menggunakan sistem operasi ini pada peranti mereka tahun hadapan.

Sumber: Weibo, Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY