Ini Merupakan Fungsi Terbaharu Kemaskini Feature Drop Bulan Mac Untuk Google Pixel

Pixel Feature Drop merupakan kemaskini bulanan yang menyertakan fungsi-fungsi baharu untuk setiap kemaskini tersebut. Peranti Pixel yang terlibat adalah Pixel 2, 2 XL, 3, 3 XL, 3a, 3a XL, 4, dan juga 4 XL. Jadi untuk bulan Mac, ini adalah fungsi terbaharu yang disertakan.

Cards & Passes


Fungsi ini membolehkan pengguna lebih mudah untuk mengakses kad kredit, perbankan, atau tiket yang disimpan dalam peranti hanya dengan menekan butang kuasa.  Ia juga boleh menyimpan maklumat lain seperti maklumat perubatan ataupun kenalan yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan.



Fungsi ini tersedia untuk digunakan oleh Pixel 2, 2 XL, 3, 3 XL, 4, dan, 4 XL. Akan tetapi, ia hanya boleh didapati untuk beberapa negara sahaja iaitu US, Kanada, UK, Australia, Jerman, Perancis, Singapura, Taiwan, Sepanyol, Itali, dan Ireland.

Penjadualan Tema Gelap


Kini pengguna mempunyai pilihan boleh menjadualkan bila tema/mod gelap akan diaktifkan selain mengaktifkannya secara manual. Ini sangat berguna terutamanya pengguna yang mahu tema/mod gelap mula diaktifkan ketika waktu senja sehingga malam.



Pixel 2, 2 XL, 3, 3 XL, 4, dan, 4 XL adalah peranti yang akan terlibat.

Kesan AR dalam Google Duo


Untuk peranti Pixel 3, 3 XL, 4, dan 4 XL sahaja pengguna boleh meletakkan animasi di atas muka ketika membuat panggilan video dalam aplikasi Google Duo.


Tambahan Gestur Motion Sense


Motion Sense merupakan fungsi gerakan gestur tangan tanpa menyentuh peranti. Kemaskini ini menambah gerakan baharu seperti 'menyentuh' untuk menghentikan muzik dan menyambungnya kembali.


Car Crash Detection


Untuk negara United Kingdom dan Australia, pengguna di negara tersebut mendapat fungsi yang membolehkan kereta mengesan jika terjadinya pelanggaran dan boleh meminta bantuan serta-merta. Fungsi ini sudah pun tersedia di negara US sebelum ini.



Buat pengguna di Malaysia, disebabkan fungsi ini memerlukan negara dan lokasi spesifik, ia kebiasannya tidak akan disokong di sini.

Fungsi Lain



  • Rules - Kebolehan untuk mengaktifkan sesuatu 'peraturan' berpandukan rangkaian Wi-Fi atau lokasi. Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan peranti untuk terus ke mod silent jika mereka masuk kerja dalam pejabat.

  • Emoji 12.1

  • Tambahan tetapan dalam long-press

  • Penambahbaikan kecerahan Adaptive Brightness - Skrin akan lebih cerah ketika di bawah cahaya matahari.

  • Peningkatan kualiti swafoto - Tambahan kesan bokeh badan kamera hadapan

  • Screenshot pas atau tiket untuk ditambah ke dalam Google Pay - Memudahkan bayaran tiket dibuat. Namun, untuk makluman Malaysia masih lagi belum menyokong Google Pay.

  • Live Caption - Untuk Pixel 2 dan 2 XL. Pixel 3, 3 XL, 3a, 3a XL, 4, dan 4 XL sudah ada.


Tidak kesemua fungsi boleh didapati pada setiap peranti Pixel dan juga untuk pengguna di Malaysia. Secara rumusan, hanya siri Pixel 4 sahaja yang akan mendapat kesemua fungsi terbaharu ini.



Kemaskini Feature Drop untuk bulan Mac ini akan dilepaskan secara berperingkat bermula dari 2 Mac ini.

Sumber: Google

 

Berkaitan