Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Jadual Perjalanan Balik Raya Yang Dicadangkan PLUS

Ini Jadual Perjalanan Balik Raya Yang Dicadangkan PLUS

Diterbitkan April 25, 2022 · Dikemas kini April 26, 2022 oleh ariff bukhari

Sempena perayaan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar bagi perjalanan di lebuh raya bermula dari 29 April hingga 9 Mei 2022.

Tujuan jadual TTA ini diwjudkan adalah bagi mengurangkan kesesakan dengan mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.

PLUS menyatakan, TTA itu direka berdasarkan pola perjalanan trafik daripada musim perayaan dan cuti panjang yang lalu sebagai panduan dan membantu pelanggan lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan sebaik mungkin semasa tempoh musim perayaan akan datang, di mana lebih daripada 2 juta kenderaan dijangka melakukan perjalanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut PLUS, mereka menjangka sekitar 2 juta kenderaan akan berada di atas lebuh raya sepanjang tempoh tersebut.

Jadi dijangkakan akan berlaku kesesakan dan mungkin memanjangkan tempoh perjalanan pengguna.

Oleh itu pengguna dinasihatkan untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar.

Berikut adalah jadual perjalanan balik kampung beraya dari Lembah Klang dari 29 April hingga 2 Mei 2022:

  • Bagi pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10:00 pagi.
  • Sementara bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1:00 petang.

Berikut pula adalah jadual perjalanan pulang semula ke bandar dari  Lembah Klang dari 5 Mei – 9 Mei 2022:

  • Bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.
  • pengguna dijangka akan mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9:00 pagi.
  • Manakala, tempoh perjalanan dari Selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga 7 jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya pada masa yang sama iaitu selepas jam 9:00 pagi,

Ini Jadual Perjalanan Balik Raya Yang Dicadangkan PLUS

Pelanggan lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

jadual cadangan balik raya

Sumber: PLUS, JPN

Baca juga:

  • Siaran Eksklusif Liga Perdana Inggeris Terus Dipegang Astro Sehingga Musim 2024/2025
  • Pos Malaysia Umum Tarikh Akhir Untuk Pos Barang Sempena Aidilfitri
  • Ini Cara Dan Senarai Lokasi ATM Maybank Terpilih Untuk Tukar Duit Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY