Ini Gambaran Awal Yang lebih Jelas Perbandingan Saiz Konsol PS5, Xbox Series S Dan Series X

Seorang artis ilustrasi dari Jepun telah membuat siri ilustrasi 3D yang memberikan gambaran awal lebih jelas perbandingan saiz antara konsol PlayStation 5, Xbox Series S dan Xbox Series X.

https://twitter.com/keisawada/status/1307807991631028224

Daripada ilustari 3D itu, jelas bahawa konsol generasi terbaru PlayStation 5 adalah yang paling besar saiznya.

Malah ia hampir sama tinggi dengan televisyen bersaiz 30 inci. Jika dibaringkan pula, ia akan memakan ruang yang besar.

Jika PS5 adalah konsol terbesar yang pernah dihasilkan Sony, konsol Xbox Series S (USD399.00) pula menjadi konsol terkecil yang pernah dihasilkan oleh Microsoft ketika ini.

Jadi, para peminat konsol bolehlah mula berkira-kira untuk membeli tempat letak yang baru bagi konsol permainan yang akan dibeli nanti.

PlayStation 5 dan Xbox Series X dijangka akan tiba di pasaran Malaysia dalam bulan November ini yang masing-masing berharga dari USD399.00 dan USD499.00.