Ini Empat Model Baru Yang Dilancarkan Nokia

Nama yang cukup tidak asing lagi dalam pasaran peranti mudah alih, Nokia kini sedia mengumumkan kedatangan peranti baru untuk tahun 2020. Sebanyak empat peranti sedia diperkenalkan semalam, dimana salah satunya adalah model yang diberi nafas baru, Nokia 5310 XpressMusic.

Tiga lagi model, Nokia 8.3 dengan sokongan rangkaian 5G, Nokia 5.3 untuk segmen pertengahan dan sebuah lagi adalah Nokia 1.3 yang dikuasakan oleh Android Go.

Nokia 8.3 5G

Sesuai dengan pasaran yang tertumpu pada rangkaian generasi kelima, Nokia 8.3 5G didatangkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G. Bahagian hadapan peranti ini dipasang dengan skrin paparan 6.81 FHD+ serta mempunyai rekaan berlubang pada penjuru kiri. Paparan berlubang itu diisi dengan kamera hadapan 24MP lensa ZEISS.



Beralih kesebelah belakang pula, tetapan kuad kamera diberikan dengan kombinasi kamera 64MP, 12MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP untuk bantuan rakaman bokeh.

Bergandingan dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G ialah memori RAM 8GB atau 6GB bersama pilihan storan antara 64GB atau 128GB. Ia turut menyokong storan tambahan melalui kad MikroSD.

Menyertakan daya pengecasan pantas 18W, bateri yang dilengkapkan pada peranti ini berkapasiti 4500mAh. Harga jualan yang diletakkan untuk pasaran Eropah adalah €599 dan €649 kira-kira ~RM2833 dan ~RM3070 mengikut tukaran matawang asing semasa.

https://www.youtube.com/watch?v=SO-M3J1H0pQ&feature=emb_title

Nokia 5.3

Diperkenalkan untuk persaingan kelas pertengahan yang sedia sengit, Nokia membawakan cip Snapdragon 665 pada model ini. Paparan hadapan adalah dari jenis LCD IPS berukuran 6.55 inci dengan resolusi HD+.



Tidak seperti 'abang sulungnya', kamera hadapan 8MP Nokia 5.3 ditempatkan pada rekaan takut. Tetapan kamera belakang menampilkan 4 lensa yang disusun dalam modul bulat. Ia dibarisi 13MP kamera utama, 5MP bagi ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Menghadirkan bateri 4000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 2 hari, pengecasan yang digunakan adalah 10W sahaja. Terdapat 3 pilihan RAM untuk Nokia 5.3 iaitu 3GB, 4GB dan 6GB. Ia akan berpasangan dengan storan sebesar 64GB bersama-sama sokongan kad MikroSD.

Harga jualan Nokia 5.3 pula diletakkan pada nilai €189 (~RM894).

https://www.youtube.com/watch?v=UTwm9_rngD4&feature=emb_title

Nokia 1.3

Terakhir sekali dalam keluarga baru Nokia ini adalah peranti bajet, Nokia 1.3. Menjalankan sistem operasi Android Go, ia merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan aplikasi Camera Go yang dilancarkan semalam.



Mempunyai skrin paparan IPS 5.71 inci dengan resolusi HD+, takuk diatas dihuni oleh kamera 5MP. Berstatus bajet, pengoperasian peranti dikendalikan oleh cip Qualcomm 215 empat teras yang bekerjasama dengan memori RAM 1GB. Dari segi storan pula ia hanya ditawarkan dengan 16GB tetapi pengguna boleh menambah kemampuan simpanan menerusi kad MikroSD sehingga 400GB.

Kamera belakang hanya digalas secara tunggal oleh kamera 8MP. Walaupun spesifikasi kamera agak kurang mengiurkan pandangan mata pengguna, pengguna Camera Go dijangka mampu memberi lebih kualiti pada hasil rakaman.

Dari segi janaan kuasa, Nokia 1.3 hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan ia dicas melalui port MikroUSB dengan daya 5W. Ia dijual pada harga €95 atau ~RM450 mengikut tukaran matawang asing semasa.

https://www.youtube.com/watch?v=SgTEmHT2BCI&feature=emb_title

Kesemua peranti yang diperkenalkan ini akan mengoperasikan sistem Android 10 (Android Go bagi Nokia 1.3) dari dalam kotak. Nokia menjanjikan kemaskini sistem sehingga 3 tahun.