Ini Ciri-Ciri Baru Yang Anda Dapat Jika Mengemaskini Kepada iOS 12.1

Lewat pagi tadi kemaskini iOS 12.1 sedia dilepaskan untuk pemilik peranti mudah alih Apple. Kemaskini terbaru ini membawakan beberapa ciri dan fungsi baru bagi meningkatkan lagi pengalaman pengunaan pengguna.

Terdapat 4 ciri yang dibawa iOS 12.1:

1. FaceTime berkumpulan



Ciri kegemaran sebilangan besar pengguna produk Apple itu kini boleh menyokong panggilan FaceTime sehingga 32 orang pengguna dalam satu-satu masa. FaceTime turut diperkuatkan dengan beberapa ciri dibawah;

  • Pengesanan Automatik Pemanggil Aktif

    • turut dilengkapkan pada FaceTime. Imej ahli yang berbual di FaceTime akan berubah saiz mengikut keaktifan mereka berbual. Senang cerita paling banyak bual imejnya akan lebih kedepan dan besar dan jika pengguna itu kurang berbual imejnya berada sedikit kebelakang. Ciri ini didokong oleh kecerdasan peranti itu sendiri dalam memilih pemanggil aktif.



  • Ringless Notification

    • Apabila memanggil lebih dari seorang, FaceTime akan memaparkan notifikasi yang membenarkan anda menyertai panggilan tanpa diganggu.



  • Integrasi Mesej

    • FaceTime Berkumpulan diintegrasikan kedalam aplikasi Messages, memudahkan pengguna mengaktifkannya dari chat berkumpulan iMessage.



  • Privasi

    • Kesemua perbualan FaceTime disulitkan secara hujung-ke-hujung dan ia hanya boleh dilihat oleh pengguna yang terlibat sahaja.




2. Emoji baru

Apple menghiasi iPhone dan iPad dengan lebih 70 emoji baru melalui iOS 12.1



3. Kawalan kedalaman dalam kamera


Ciri Depth Control juga ditambah pada beberapa model terpilih. Ia memberi lebih keupayaan kepada pengguna untuk mengawal tahap kabur pada latarbelakang ketika menggunakan mod potret.

4. Dwi Sim

Tiga iPhone terbaru, XS, XS Max dan XR mempunyai sokongan kepada dwi sim, iaitu gabungan nano-sim, dan eSIM.

Adakah anda sudah siap mengemaskini peranti anda dengan iOS 12.1?

Sumber: Apple