Ini Caranya Untuk Anda Halang "Spoiler" Avengers: Endgame Dari Melintasi "Timeline" Twitter Anda

Masih lagi bercerita mengenai Twitter dan Avengers: Endgame. Sebagai filem yang dinantikan ramai, tiket jualan bagi filem ini di pawagam pastinya terjual dengan laris.

Oleh sebab itu, tidak ramai yang berkesempatan untuk menonton filem ini pada hari pertama ia ditayangkan.

Oleh itu, pengarahnya iaitu adik beradik Russo telah meminta penonton untuk tidak mengirimkan spoiler filem itu di media sosial bagi menghormati mereka yang belum menontonnya lagi.

https://twitter.com/Avengers/status/1118222123678486530

Namun, sudah pasti akan ada juga yang degil dan terus melakukannya kelak. Tahukah anda, ada usaha lain yang boleh dilakukan untuk mengelakkan spoiler Endgame ini melintas di timeline Twitter anda?

Ya, dengan menggunakan fungsi mendiamkan perkataan atau "Muted words" yang ada pada Twitter, anda akan dapat melakukannya.

Ikuti cara-cara berikut:

1. Buka akaun Twitter anda dan pilih "Settings and Privacy".



2. Pilih "Privacy and Safety".



3. Pilih "Muted words" pada bahagian "Safety" .



4. Tekan ikon Tambah pada paparan ini.



5. Masukkan perkataan yang mahu didiamkan serta tetapan tempoh dan notifikasi halangan



6. Tekan "Save" dan selesai



Bagaimanapun, anda akan masih dapat melihat kicauan yang mengandungi perkataan yang didiamkan sekiranya anda mencarinya melalui fungsi carian di Twitter.

Sudah tentu fungsi ini juga boleh digunakan pakai untuk mendiamkan perkataan lain dan bukannya berkaitan Avengers sahaja.

Diharapkan dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda daripada terbaca sebarang maklumat yang tidak diingini di Twitter, termasuklah spoiler filem Avengers ini nanti.

Berkaitan