Netflix Umum Download For You, Ini Cara Guna

Tiga tahun lalu, Netflix telah memperkenalkan ciri Smart Downloads yang membolehkan episod seterusnya bagi siri yang ditonton dimuat turun secara automatik. Ia kemudian akan memadam episod tersebut secara automatik selepas selesai menonton.

Kini, Netflix memperkenalkan Download For You, satu ciri baru yang memuat turun rancangan atau filem yang disyorkan secara automatik ke peranti mudah alih berdasarkan minat pengguna. Ciri ini mungkin diperlukan dalam keadaan anda sudah tidak tahu mahu menonton kandungan yang mana satu di Netflix.

Bagaimanapun, buat masa ini ciri Download For You hanya tersedia untuk peranti Android sahaja. Untuk menetapkan Netflix dengan tetapan ini, ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Cara tetapkan Download For You


1. Pertamanya, buka aplikasi Netflix pada peranti Android dan pergi ke tab "Downloads" dan tekan "Setup".

Cara Download For You

2. Seterusnya, pilih berapa banyak storan (GB) yang diperlukan untuk memuat turun kandungan rancangan atau filem. Kemudian, tekan "Turn On".



3. Setelah selesai, Netflix akan mula memuat turun kandungan yang disyorkan secara automatik sehingga mencukupi jumlah GB yang dipilih. Perlu diketahui, muat turun hanya boleh dilakukan jika menggunakan Wi-Fi sahaja.

Cara Download For You

Anda juga boleh menyunting semula jumlah storan yang dipilih atau nyahaktifkan ciri ini dengan pergi ke Smart Downloads > Download for You. Kemudian, nyahaktifkan ciri ini atau sunting storan mengikut keperluan anda.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Jika ada sebarang persoalan berhubung tips lain, tinggalkan komen anda.