Ini Cara Semak Grup Perbualan WhatsApp Yang Banyak Gunakan Memori Peranti

Suatu ketika dahulu, kita mungkin berkira-kira untuk menghantar teks pesanan ringkas kerana setiap perbualan yang dihantar akan dikenakan cas oleh telco. Kini berada di zaman akses internet lebih mudah dan murah, medium komunikasi secara teks itu lebih meluas digunakan terutama sekali dengan adanya aplikasi WhatsApp.

Tidak terhad menghantar teks, segala jenis kandungan media boleh dikongsi dan tanpa kita sedari, ia memenuhi ruang memori peranti anda. Mungkin tidak menjadi masalah bagi anda yang mempunyai ruang storan berkapasiti besar, tetapi jika anda mahu melihat perbualan WhatsApp mana yang banyak menggunakan memori peranti, boleh ikuti cara mudah dibawah.

Android

  • Buka aplikasi WhatsApp dan tekan Menu (tiga titik bertindih) di penjuru kanan.

  • Tekan Settings dan pilih Data and Storage Usage.

  • Pilih Storage Usage.


Untuk pengguna iPhone boleh ikuti langkah mudah dibawah.

iOS

  • Buka WhatsApp dan tekan Settings dibawah paparan aplikasi.

  • Pilih Data and Storage

  • Tekan Storage Usage


Setelah anda lakukan langkah-langkah diatas, skrin akan memaparkan urutan dari paling banyak hingga paling sedikit.

Jadi sekarang anda sudah tahu perbualan mana yang banyak menelan memori peranti anda. Mungkin anda tidak lagi mahu semua media seperti foto dan video dimuat turun secara automatik, boleh nyahaktifkan fungsi tersebut dengan cara dibawah.

Android  

  • Pergi ke Settings, kemudian Data and Storage Usage.

  • Dibawah pilihan Media auto-download, pilih tetapan yang bersesuaian dengan anda.


iOS

  • Pergi ke Settings, kemudian Data and Storage Usage

  • Dibawah pilihan Media auto-download, pilih tetapan yang bersesuaian dengan anda.