Ini Cara Melihat Mesej-Mesej WhatsApp Yang Telah Dipadam Oleh Si Penghantar Mesej

P/s: WhatsRemoved+ adalah aplikasi pihak ketiga yang ditawarkan di Play Store. Ia boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma di peranti Android. Namun begitu terdapat iklan dipaparkan di dalam aplikasi ini. Risiko penggunaan aplikasi ini adalah ditanggung pengguna sendiri.

Anda boleh dapatkan semula mesej teks, video, gambar dan audio yang dipadam oleh penghantar di aplikasi WhatsApp.


Kadang-kala anda ada menerima mesej WhatsApp daripada rakan. Tetapi tidak lama selepas menerima mesej tersebut dan belum sempat melihatnya, anda dapati mesej yang diterima itu telah dipadam oleh si penghantar.

Menyebabkan anda tidak mengetahui kandungan mesej yang dihantar itu. Jadi, bagi melihat dan membaca mesej tersebut anda boleh dapatkannya dengan memasang aplikasi WhatsRemoved+.

WhatsRemoved+ adalah aplikasi pihak ketiga yang membolehkan pengguna Android melihat kandungan mesej WhatsApp yang dipadam oleh penghantar sebelum si penerima sempat melihat atau membacanya.

Ia tidak terhad hanya pada mesej teks sahaja. Sebaliknya kesemua jenis mesej yang dipadam termasuklah imej, audio dan video boleh diperolehi dilihat dengan memasang aplikasi tersebut ke dalam peranti pintar.

Berikut adalah cara memasang aplikasi WhatsRemoved+ ke dalam peranti Android.

1. Muat turun aplikasi WhatsRemoved+ dari Google Play Store.



2. Sebelum meneruskan pemasangan, rajin-rajinkan diri baca dahulu mesej dari pembangun aplikasi tersebut.

Kapsyen: Dah faham, pilih butang ACCEPT dan seterusnya butang YES.


 

Kapsyen: WhatsRemoved+ memerlukan akses ke atas tetapan notifikasi aplikasi bagi membolehkannya berfungsi. Hanya pilih WhatsRemoved+ sahaja di sini.


3. Seterusnya, anda diminta memilih aplikasi yang sesuai digunakan dengan WhatsRemoved+.

Kapsyen: Di sini pilih WhatsApp.


4. Kemudian, pilih pilihan YES, SAVE FILES atau DO NOT SAVE FILES. Bahagian ini adalah tetapan pilihan sama ada anda mahu menyimpan kandungan mesej yang dipadam itu ke dalam telefon pintar Android anda ataupun tidak.



5. Selesai langkah-langkah di atas, kini anda sudah mula boleh menggunakan aplikasi WhatsRemoved+.

Kapsyen: Contoh mesej WhatsApp yang dipadam sipenghantar kini boleh dilihat di dalam aplikasi WhatsRemoved+.


Untuk info lebih lanjut tentang ciri-ciri lain yang ada pada aplikasi ini, layari laman rasmi Google Play.