MacBook Pro Cas Tidak Lebih 1%? Ini Yang Patut Anda Lakukan

Susulan daripada kemas kini macOS Big Sur 11.2.1 untuk membaiki masalah MacBook Pro daripada cas, Apple tampil pula dengan pengumuman program gantian bateri untuk komputer riba tersebut.

Terdapat laporan yang mana mengatakan sebilangan kecil pengguna MacBook Pro model 2016 dan 2017 menghadapi isu bateri tidak boleh mengecas melebihi 1%.

Berikut adalah model-model yang terjejas:

  • MacBook Pro (13­-inci, 2016, 2 port Thunderbolt 3)

  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, 2 port Thunderbolt 3)

  • MacBook Pro (13-­inci, 2016, 4 port Thunderbolt 3)

  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, 4 port Thunderbolt 3)

  • MacBook Pro (15-­inci, 2016)

  • MacBook Pro (15-­inci, 2017)


Tambahan lagi, jika model-model MacBook Pro tersebut menjalankan sistem operasi macOS Big Sur 11.2.1 atau macOS Catalina 10.15.7, secara automatik ia akan paparkan 'service recommended'.

Oleh itu, anda boleh membuat penggantian bateri MacBook Pro ini dengan secara percuma dan tiada sebarang cas tambahan.

Namun, sekiranya anda menghadapi masalah ini walaupun tiada notis pemberitahuan itu, boleh juga terus menghubungi Apple atau ke pusat perkhidmatan Apple terdekat.

Sumber: Apple