Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro Cas Tidak Lebih 1%? Ini Yang Patut Anda Lakukan

MacBook Pro Cas Tidak Lebih 1%? Ini Yang Patut Anda Lakukan

Diterbitkan Februari 10, 2021 · Dikemas kini Februari 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Susulan daripada kemas kini macOS Big Sur 11.2.1 untuk membaiki masalah MacBook Pro daripada cas, Apple tampil pula dengan pengumuman program gantian bateri untuk komputer riba tersebut.

Terdapat laporan yang mana mengatakan sebilangan kecil pengguna MacBook Pro model 2016 dan 2017 menghadapi isu bateri tidak boleh mengecas melebihi 1%.

Berikut adalah model-model yang terjejas:

  • MacBook Pro (13­-inci, 2016, 2 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, 2 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2016, 4 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, 4 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (15-­inci, 2016)
  • MacBook Pro (15-­inci, 2017)

Tambahan lagi, jika model-model MacBook Pro tersebut menjalankan sistem operasi macOS Big Sur 11.2.1 atau macOS Catalina 10.15.7, secara automatik ia akan paparkan ‘service recommended’.

Oleh itu, anda boleh membuat penggantian bateri MacBook Pro ini dengan secara percuma dan tiada sebarang cas tambahan.

Namun, sekiranya anda menghadapi masalah ini walaupun tiada notis pemberitahuan itu, boleh juga terus menghubungi Apple atau ke pusat perkhidmatan Apple terdekat.

Sumber: Apple

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY