Semalam, aplikasi Instagram telah mula melancarkan ciri terbaru iaitu menghantar pesanan suara. Sebelum ini, pengguna aplikasi boleh berkomunikasi dengan pengguna lain menerusi ciri panggilan video yang diperkenalkan sekitar Jun yang lalu.

Untuk menikmati ciri pesanan suara ini, pastikan anda mengemaskini aplikasi kepada versi yang terkini. Cara untuk membuat pesanan tersangatlah mudah.

Anda hanya perlu pergi ke Direct Message, tekan lama ikon Mikrofon untuk rekod suara dan lepaskan untuk menghantarnya kepada kenalan.

IKLAN

Pesanan suara boleh dibuat bagi durasi 1 minit dan sedia digunakan oleh kedua-dua peranti Android dan iOS.

 

IKLAN