Ini Cara Google Doodle Berikan Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Berikutan Covid-19 yang terus memberi impak kepada komuniti secara global, pelbagai pihak mula berganding bahu untuk menangani penularan wabak ini. Sebagai cara menghargai semua pihak yang terlibat dalam usaha tersebut, Google juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan siri Google Doodle dalam beberapa minggu ini.

Seperti yang diketahui, siri Google Doodle kebiasaannya disediakan untuk acara sukan selama beberapa minggu seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Penghasilan siri Doodle kali ini dapat dilihat apabila anda ke laman Google Search atau Google Doodle.

Memandangkan terdapat beberapa Doodle dalam siri ini, Google menggunakan format asas yang sama di mana "G" akan menghantar hati kepada "e" yang merupakan pekerja yang diberikan penghargaan.

Antara penghasilan Doodle yang telah disiarkan adalah:

  • 6 April: Petugas kesihatan awam dan penyelidik dalam komuniti saintifik




  • 7 April: Doktor, jururawat, dan pekerja perubatan


Google Doodle Covid 19

  • 8 April: Pekerja perkhidmatan kecemasan


Google Doodle Covid 19

  • 9 April: Pekerja penjagaan dan sanitasi




  • 10 April: Petani dan peladang




  • 13 April: Pekerja barangan keperluan harian




Sebelum ini, Google telah melancarkan iklan pendek untuk memberikan penghargaan kepada petugas kesihatan di seluruh dunia dalam memerangi COVID-19.

Sumber: 9to5Google