Ini Cara Dapat Gambar Potret Ala-Ala DSLR Guna Telefon

Kebiasaannya, apabila sesebuah telefon pintar itu mampu memberikan gambar potret yang cantik, ramai yang akan menganggap bahawa peranti tersebut sesuai untuk dimiliki. 

Akan tetapi, kebanyakan hasil gambar potret dari telefon pintar, bokeh padanya tidak berapa cukup ‘wow’. Bagi yang biasa tengok foto potret yang menggunakan DSLR, jelas kelihatan berbeza. Gambarnya nampak lebih ‘creamy’, ada nilai estetika dan secukup rasa.

Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang hampir sama, pengguna perlu memuat turun aplikasi tambahan agar gambar potret ala-ala DSLR itu tercapai. Jadi, ini adalah beberapa aplikasi yang boleh digunakan.

AfterFocus




AfterFocus boleh dikatakan salah satu aplikasi yang cukup popular dalam kalangan peminat. Ia tersedia buat kedua-dua platform iOS dan Android.

Melaluinya, pengguna boleh mencipta latar belakang yang kabur ala-ala DSLR dengan mudah.

Auto Blur Background 




Aplikasi ini antara yang baik dari segi penawarannya kerana banyak fungsi atau “tool” yang boleh digunakan. Selain itu, ia turut hadir dengan beberapa kesan khas lain bagi menambah lagi “perasa” pada gambar.

Real Bokeh




Dalam aplikasi, bukan sahaja menawarkan 36 bentuk bokeh yang boleh dipilih, tetapi juga beberapa kesan “light leaks”, warna bokeh dan “filter” gambar.

Tetapan serta antara mukanya juga mudah dan tidak terlalu kompleks bagi kegunaan ramai. Selain itu, turut mempunyai fungsi perkongsian terus ke media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain.

Portrait: Depth Mode Photos




Mirip aplikasi Real Bokeh, ia juga menawarkan fungsi yang mudah buat penggunanya. Malah, terdapat ciri yang membolehkan fokus pada sesuatu kawasan bagi memberikan ketajaman serta bokeh yang baik.

Sekiranya bokeh tidak kemas, boleh juga membetulkan semula “masking” pada subjek gambar. Tambahan lagi, ciri seperti berkongsi di media sosial media dengan mudah juga ada.

Focos




Focos aplikasi yang membawakan beberapa jenis atau stail bokeh DSLR ke dalam telefon pintar. Pengguna juga boleh mengawal saiz aperture dan melarasnya mengikut cita rasa masing-masing. Namun kekurangannya adalah ia khusus untuk peranti iOS sahaja.

Nak Lagi Cepat Dan Mudah?


Walaupun kesemua aplikasi tersebut mudah untuk digunakan tetapi pengguna harus membayar langganan atau membeli versi Pro bagi menikmati fungsi yang penuh.

Kebiasaannya, fungsi asas masih lagi cantik tapi kalau mahu lebih cantik, nak atau tak nak perlu juga mendapatkan versi penuh. Selain itu, versi percuma ini sentiasa dipenuhi iklan dimana agak leceh ketika membuat penyuntingan.

Oleh yang demikian, bagi memudahkan anda dan tidak perlu pening kepala, ada satu lagi cara yang amat senang.

Beberapa hari lepas, OPPO selamat memperkenalkan  Reno6 Z dan Reno6 buat pasaran tempatan. Seperti anda ketahui, OPPO sememangnya terkenal dalam kalangan peminat disebabkan kameranya.

Menariknya kali ini, siri Reno6 hadir dengan 3 tetapan kamera belakang dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara 32MP ditugaskan untuk kamera swafoto.

Melalui kelengkapan kameranya, terdapat fungsi-fungsi menarik khususnya bagi memberikan hasil gambar potret yang cantik buat anda.

Potret Suar Bokeh 


Ciri utama ini mampu menyelesaikan masalah pening kepala dalam mendapatkan gambar potret yang cantik.



Apa yang dilakukan OPPO, potret suar bokeh (bokeh flare portrait)yang terdapat di Reno6 Z ini dikuasakan algoritma AI yang mana mampu menukarkan latar belakang kepada ‘bebola’ bokeh lebih ‘creamy’ dan menawan dengan hanya satu klik sahaja.



Satu masa dulu, tular di media sosial ramai yang membeli lampu LED atau sunlight lamp untuk menghiasi bilik memandangkan tidak boleh keluar rumah. Jadi, bagi menaikkan lagi seri gambar, fungsi potret suar bokeh itu mampu memberikan gambar anda lebih menarik kerana latar belakang lampu tersebut.

Tiada rakan nak ambilkan gambar? Tidak mengapa kerana fungsi ini hadir pada kamera belakang dan juga hadapan.

Gambar ‘Clear’, Sesuai Untuk Semua Situasi


Walaupun kamera utama 64MP, Reno6 Z didatangkan ciri yang boleh mengeluarkan gambar beresolusi tinggi sehingga 108MP yang dinamakan Image Clear Engine.



Dengan ini, gambar yang diambil pada jarak yang jauh sekalipun dapat mengekalkan kualiti serta kejelasannya.

Selain itu, fungsi Flash Snapshot kini sudah dioptimumkan. Reno6 Z boleh mencapai exposures sehingga 1/1000ms. Melaluinya, ia dapat membuatkan anda tiada masalah untuk melakukan ‘point and shoot’ dengan cepat di samping masih menerima gambar yang cantik. 



Sebagai contoh, anda boleh mengambil gambar ketika bermain badminton, berjoging atau membawa haiwan peliharaan bersiar-siar dengan tanpa ada masalah gambar kabur kerana itulah fungsi Flash Snapshot, mampu mengambil gambar yang mempunyai banyak pergerakan.

Membina ‘Feed’ Anda Dengan AI Palette


Anda gemar jaga ‘feed’ Instagram? AI Palette dari OPPO datang menyelamatkan anda dimana ia membolehkan setiap gambar yang diambil mempunyai tema atau ‘vibes’ yang sama.


Portrait Beautification Video


Tidak terhad dengan fotografi, siri Reno6 Z turut ada kemampuan memberikan rakaman video yang cantik.

Terdapat fungsi Portrait Beautification Video. Apa yang dibuatnya adalah dengan adanya AI untuk menawarkan kesan cantik serta menarik pada video.



Ia ibarat sebuah magis dari OPPO dimana rakam sahaja video dan kemudian terus kongsikan pada rakan-rakan tanpa perlu risau untuk menyunting. Malah, magis ini masih lagi nampak semula jadi.



Bercakap tentang magis, anda juga boleh merakamkan detik-detik ‘magis’ atau indah anda bersama insan tersayang. Ini kerana, fungsi dual-view video boleh merakam video dengan menggunakan kamera hadapan dan belakang serentak.

Gambar Cantik, Telefon Pun Cantik




Rekaan Reno6 Z tampil dengan dua warna, Stellar Black dan Aurora. Menariknya tentang warna Aurora, ia adalah inspirasi seperti cahaya aurora yang wujud di kutub utara dan mempesonakan.





Selain itu, kemasan Reno Glow ini juga bukan sahaja cantik tetapi ia tidak meninggalkan kesan cap jari apabila dipegang pada tangan.

Lebih Minat Videografi?


Selain gambar bokeh flare portrait, ada juga fungsi video untuknya yang dipanggil bokeh flare portrait video. Namun, ciri ini eksklusif buat peranti Reno6.



Seperti mengambil gambar, rakaman video dengan ciri ini juga semudah “ABC”. Bukan sahaja memberikan video dengan kesan istimewa, ia juga menawarkan pra-tonton masa nyata (real-time preview) yang mana apa yang anda lihat, itulah yang anda dapat.

Belum cukup puas?

OPPO Reno6 dapat menjadi pelengkap kemahuan mencipta video anda dengan adanya ciri AI Higlight Video.

Melaluinya, ia secara automatik menyesuaikan video rakaman berdasarkan cahaya serta warna mengikut kesesuaian persekitaran.

Sementara itu, color temperature sensor yang hadir di Reno6 juga secara tidak langsung membantu rakaman video buat pengguna. Oleh itu, video-video anda di media sosial semestinya jauh lebih menarik dari rakan-rakan lain.

Kat Mana Nak Dapatkan Siri Reno6 5G?


Kedua-dua telefon baharu OPPO ini sudah boleh di pra-tempah sehingga 13 Ogos 2021 dimana harga jualan Reno6 Z adalah RM1699. Manakala Reno6 adalah RM2399.



Bagi pembeli yang melakukan pra-tempahan menerusi OPPO Online Store atau Shopee, anda layak menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM779.

Tekan pautan di bawah untuk membeli telefon OPPO:

**Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia