Ini Cara Apple Menyimpan Rahsia iPhone

Apabila bercakap mengenai informasi yang tertiris mengenai gambar atau spesifikasi iPhone, Apple merupakan syarikat yang agak berahsia dengan seluruh dunia.

Berbeza pula dengan pesaing mereka yang mungkin akan mengeluarkan hint atau telah menetapkan tarikh rasmi pengeluaran lebih awal dari pelancaran.

Bercakap dengan Tech Insider, Dejian Zeng, seorang pelajar graduan NYU yang pernah bekerja secara rahsia di kilang pengeluaran Apple di China mendedahkan bagaimana keadaan kawasan pemasangan iPhone.

Dia berkata kawasan pemsangan telefon pintar itu akan ditutup dengan kain langsir.

Ini secara tidak langsung tidak memberi penglihatan dari luar untuk menjenguk ke dalam semasa aktiviti pemasangan sedang dibuat.

Dia juga menambah yang setiap pekerja mempunyai ruang persalinan mereka.

Di sana mereka mesti menukar ke uniform kerja dan semua barangan peribadi termasuk telefon diletakkan di locker persendirian.

Untuk masuk ke kawasan bekerja, mereka akan melalui alat pengesan besi dan melalui proses pengecaman muka melalui mesin.

Dan untuk pengurus pula, mereka dibenarkan untuk membawa telefon mereka bersama tetapi harus membuktikan kepada pihak keselamatan yang mereka tidak ada membawa keluar apa-apa gambar atau komponen keluar dari kawasan pemasangan.

Walau bagaimanapun, kita masih lagi dapat mendengar atau melihat khabar angin mengenai peranti Apple yang bakal dilancarkan.

Dengan tahap keselamatan sebegitu, Apple dilihat berusaha untuk melindungi paten ciptaan mereka dari keluar ke dunia luar.

Sumber