Ransomware ini tidak memilih mangsa. Ia menyerang semua pengguna komputer Windows.

Penyelidik keselamatan komputer dari Sophos melaporkan penemuan perisian hasad terbaru (Ransomware) yang dikenali sebagai Snake. Nama tersebut diperolehi daripada fail perisian hasad tersebut yang ditandakan sebagai EKANS, ejaan terbalik bagi Snake (Ular).

Menurut penyelidik, sepertimana kebiasaan ransomware yang lain, Snake tidak menyentuh fail sistem operasi komputer dan program yang dipasang di dalamnya. Jadi, komputer pengguna masih boleh dijalankan seperti biasa dan menggunakan aplikasi-aplikasi mereka.

Walaubagaimanapun, kesemua data penting pengguna seperti dokumen, gambar, video, muzik dan data-data lain akan dikunci secara rawak.

Kredit: Sophos

Penyelidik memaklumkan, penggodam yang membangunkan ransomware Snake ini tidak memilih mangsa. Sebaliknya ia menyerang kesemua pengguna sistem Windows.

IKLAN

…the crooks behind this ransomware don’t intend to target individual users on your network, but instead take their time and go after everyone, for a more shocking effect.” Sophos

Penemuan ransomware Snake ini juga turut dilaporkan oleh penyelidik keselamatan yang lain.

Bagi menangani serangan Snake, penyelidik menasihati pengguna supaya tidak membuka lampiran fail yang tidak diketahui sumbernya, mengakses rangkaian yang diragui, jangan abaikan tanda amaran yang dipaparkan pada log keselamatan komputer, jangan nyah aktifkan tetapan ciri keselamatan penting yang ada di dalam sistem komputer serta kerap membuat salinan data komputer.