Ini Aplikasi Paling Banyak Ambil Dan Kongsi Data Pengguna Di iPhone

Sejak Apple memperkenalkan label privasi di App Store tahun lalu, ia menimbulkan reaksi pelbagai dari pembangun-pembangun.

Ada yang dapat menerima kenyataan dan ada juga yang tidak menyukainya. Sebagai contoh, Facebook.

Mungkin anda sudah boleh agak aplikasi mana yang paling banyak mengambil data pengguna untuk tujuan tertentu.

Namun, berdasarkan senarai pCloud, aplikasi ini adalah yang paling banyak berbuat demikian tetapi jarang diperbualkan. Mungkin disebabkan ia adalah aplikasi yang sangat sinonim dalam kalangan remaja.

Oleh itu, ini adalah 10 aplikasi yang paling banyak mengambil serta berkongsi data pengguna di iPhone:

  1. Instagram

  2. Facebook

  3. LinkedIn

  4. Uber Eats

  5. Trainline

  6. YouTube

  7. YouTube Music

  8. Deliveroo

  9. Duolingo

  10. eBay


Melihat senarai itu, Instagram mengambil sehingga 79%, iaitu hampir kesemua maklumat yang ada. Ia kemudian diikuti Facebook sebanyak 57%.



Selain itu, secara keseluruhan, Facebook dan Instagram juga menggunakan data pengguna paling banyak untuk kepentingan mereka sendiri.



Jika anda tidak tahu, segala maklumat pengguna yang diambil ini akan dijual kepada pihak ketiga bagi tujuan pengiklanan.

Tidak hairanlah sekiranya anda baru sekejap membuka aplikasi ini, ia akan terus memaparkan iklan yang berkaitan.

Namun, ada juga aplikasi yang tidak menjejak langsung atau berkongsi data pengguna.



Antaranya adalah Signal, Clubhouse, Netflix, Microsoft Teams, Google Classroom, Telegram dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, aplikasi tersebut masih mengumpulkan data anda, cumanya mereka tidak menjualnya kepada pihak lain atau penggunaan iklan.

Jika anda seorang yang mementingkan privasi, sebaiknya semak dahulu label yang ada di App Store sebelum memuat turun aplikasi tersebut.

Sumber: pCloud