Ikuti kami di media sosial

Berita

Ini Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Muat Naik Gambar Sama Di Instagram Lebih Dari 300 Kali

Avatar

Ditulis

pada

Seorang jurugambar dari Austria baru-baru ini telah melakukan eksperimen yang menarik. Beliau mengambil gambar dirinya dan memuat naik kepada Instagram. Kemudian beliau memuat turun gambar itu. Muat naiknya kembali sehingga berulang kali.

Beliau mengulang kali sehingga 340 kali untuk melihat apa yang terjadi. Disebabkan pemampatan gambar yang dilakukan Instagram, hasil gambar yang diperoleh pada hujung eksperimen langsung tidak boleh dikenal pasti.

Untuk melakukan eksperimen ini, jurugambar tersebut Janick Entremon membuat satu akaun Instagram khas @facetinction. Berikut merupakan gambar asal yang dimuatnaiknya:

View this post on Instagram

1

A post shared by A (con)temporary portrait. (@facetinction) on

Sehingga muat turun dan muat naik kembali untuk ke 80 kali, beliau peroleh gambar seperti berikut:

View this post on Instagram

80

A post shared by A (con)temporary portrait. (@facetinction) on

Masih ada rupa seakan beliau bukan? Haa untuk kali ke 340, ini gambar yang terhasil:

View this post on Instagram

340

A post shared by A (con)temporary portrait. (@facetinction) on

Setiap gambar diibaratkan seperti sebuah salinan gambar yang kurang butiran berbanding sebelumnya. Jadi, sudah semestinya gambar akan menjadi semakin ‘pelik’ dan ‘pelik’ disebabkan pengurangan kualiti pada setiap pengulangan proses tersebut.

Seorang jurugambar Pete Ashton ada juga membuat eksperimen sama pada tahun 2015. Namun, ia hanya mengulang kali sehingga 90 kali sahaja. beforeafter

Menurut Janick, “Kehilangan kualiti gambar adalah disebabkan kesan dari algoritma pemampatan yang berulang tersebut. Cuba bayangkan apa yang akan jadi pada data digital anda dalam bentuk terakhirnya? Setiap salinan data akan semakin bertukar dan berubah sehingga sudah tiada yang akan sama dengan yang data asli.”

Tambahnya lagi, projek ini tidak dilakukan hanya untuk suka-suka. Padanya ia menggambarkan bagaimana pengendalian data digital, dalam atau luar talian, dan juga lambakan imej digital yang terkumpul. Dari etika penggunaan media sosial, penampilan diri dalam dunia digital, sehinggalah kepada pengawasan berterusan dan pengecaman wajah yang berlaku di China”.

Untuk melihat eksperimen dan projek yang dilakukan oleh Janick, anda boleh pergi ke laman sesawangnya, atau melalui laman Instagram.

Sumber: PetaPixel

 

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Huawei Mate XS Akan DIlancarkan Secara Atas Talian 24 Februari Ini

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

huawei

Sama seperti sub-jenama nya iaitu HONOR, Huawei juga akan melakukan pelancaran secara atas talian pada 24 Februari ini. Pelancaran yang akan dilakukan di Barcelona itu, akan memperkenalkan beberapa produk baru keluarannya.

Ia ini akan diadakan secara langsung di platform Youtube dan Facebook pada jam 9 malam.

Ura-ura mengatakan, Huawei Mate XS akan dilancarkan pada acara itu nanti. Model terbaru bagi telefon pintar boleh lipat tersebut, dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 990 yang menyokong sambungan rangkaian 5G. Ia juga akan dilengkapi dengan peranti pengecasan pantas yang berkuasa lebih besar iaitu 65W.

Setakat ini, tiada maklumat lebih lanjut mengenai peranti lain yang akan dilancarkan pada acara itu nanti.

 

 

 

 

Teruskan Bacaan

Berita

TM Kini Membuka Peluang Kerjaya Dalam Bidang 5G Di Malaysia

Avatar

Ditulis

pada

Rangkaian 5G di Malaysia dijangka akan dikomersilkan pada suku ketiga tahun ini. Sehubungan dengan itu, syarikat Telekom Malaysia (TM) telah pun membuka peluang kerjaya dalam bidang rangkaian dan teknologi tersebut.

Melalui portal rasmi TM dan juga laman rasmi Facebook TM Group, TM sedang mencari 29 calon untuk mengisi posisi jawatan kosong melalui bidang-bidang yang ditawarkan. Antara posisi yang ditawarkan adalah:

  • Pengurusan Teknologi Mudah Alih (Mobile Technology Management
  • Penyelesaian Reka Bentuk Mudah Alih (Mobile Architecture Solutions)
  • Pemerolehan Tapak Mudah Alih (Mobile Site Acquisition)
  • Perancangan Rangkaian Teras Mudah Alih (Mobile Core Network Planning)
  • Perancangan Rangkaian Akses Radio (Radio Access Network (RAN) Planning)
  • Perancangan Protokol Internet (IP) & Pengangkutan Mudah Alih (Mobile IP & Transport Planning)
  • Integrasi Perniagaan Mudah Alih (Mobile Business Integration)

 

Untuk memohon, anda boleh layari portal TM Career. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mac 2020 ini. Dan hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi. Jadi jika ada rakan-rakan dan ahli keluarga yang berminat, boleh cuba memohon dengan segera.

Segala maklumat dan butiran yang lebih lanjut. sila layari laman TM Career.

Sumber: TM Career, TM Group

 

Teruskan Bacaan

Berita

Xiaomi Patenkan Rekaan Kad SIM Yang Juga Boleh Berfungsi Sebagai Ruangan Storan

Avatar

Ditulis

pada

Konsep menyatukan kad SIM dan ruangan memori sebelum ini pernah diperkenalkan oleh syarikat Ziguang Group. Selain dari syarikat tersebut, nampaknya Xiaomi juga turut berminat dengan teknologi ini.

Melalui sebuah paten, syarikat tersebut sedang membangunkan kad SIM yang boleh berfungsi sebagai sambungan rangkaian dan juga ruangan storan. Menariknya, kad SIM tersebut merupakan sebuah kad SIM 5G.

Melihat kepada paten tersebut, perkakas itu akan berfungsi sebagai ruangan storan pada bahagian atas, dan kad SIM pada bahagian bawahmya.

Dengan rekaan sebegini, pengeluar tidak perlu lagi menyertakan rekaan hibrid slot kad sim dan juga microSD. Secara tidak langsung ia akan menjimatkan ruangan yang terdapat dalam peranti dengan rekaan sekecil kad SIM sahaja.

Tambahan lagi, ia juga akan memudahkan pengguna untuk memindahkan data mereka ke peranti baharu hanya dengan menggunakan satu kad SIM sahaja.

Sumber: IThome

 

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular