Ini Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Muat Naik Gambar Sama Di Instagram Lebih Dari 300 Kali

Seorang jurugambar dari Austria baru-baru ini telah melakukan eksperimen yang menarik. Beliau mengambil gambar dirinya dan memuat naik kepada Instagram. Kemudian beliau memuat turun gambar itu. Muat naiknya kembali sehingga berulang kali.

Beliau mengulang kali sehingga 340 kali untuk melihat apa yang terjadi. Disebabkan pemampatan gambar yang dilakukan Instagram, hasil gambar yang diperoleh pada hujung eksperimen langsung tidak boleh dikenal pasti.

Untuk melakukan eksperimen ini, jurugambar tersebut Janick Entremon membuat satu akaun Instagram khas @facetinction. Berikut merupakan gambar asal yang dimuatnaiknya:

https://www.instagram.com/p/B6v_82fgghL/

Sehingga muat turun dan muat naik kembali untuk ke 80 kali, beliau peroleh gambar seperti berikut:

https://www.instagram.com/p/B6w2ROVA_Y7/

Masih ada rupa seakan beliau bukan? Haa untuk kali ke 340, ini gambar yang terhasil:

https://www.instagram.com/p/B6yZ6h5Auqf

Setiap gambar diibaratkan seperti sebuah salinan gambar yang kurang butiran berbanding sebelumnya. Jadi, sudah semestinya gambar akan menjadi semakin 'pelik' dan 'pelik' disebabkan pengurangan kualiti pada setiap pengulangan proses tersebut.

Seorang jurugambar Pete Ashton ada juga membuat eksperimen sama pada tahun 2015. Namun, ia hanya mengulang kali sehingga 90 kali sahaja. beforeafter

Menurut Janick, "Kehilangan kualiti gambar adalah disebabkan kesan dari algoritma pemampatan yang berulang tersebut. Cuba bayangkan apa yang akan jadi pada data digital anda dalam bentuk terakhirnya? Setiap salinan data akan semakin bertukar dan berubah sehingga sudah tiada yang akan sama dengan yang data asli."



Tambahnya lagi, projek ini tidak dilakukan hanya untuk suka-suka. Padanya ia menggambarkan bagaimana pengendalian data digital, dalam atau luar talian, dan juga lambakan imej digital yang terkumpul. Dari etika penggunaan media sosial, penampilan diri dalam dunia digital, sehinggalah kepada pengawasan berterusan dan pengecaman wajah yang berlaku di China".

Untuk melihat eksperimen dan projek yang dilakukan oleh Janick, anda boleh pergi ke laman sesawangnya, atau melalui laman Instagram.

Sumber: PetaPixel