Beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut perayaan yang dinanti, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Seperti biasa, walaupun kita meraikannya dalam keadaan norma baharu tetapi barangan lain juga harus baru juga.
Oleh itu, di sini kami menyenaraikan telefon terbaik untuk anda meraikan perayaan ini.
Bawah RM3000 – Xiaomi Mi 11
Kita mulakan dengan telefon yang terbaik anda boleh dapatkan pada harga bawah RM3000.
Untuk kategori ini, Xiaomi Mi 11 menjadi pilihan. Ini kerana buat masa sekarang, hanya ia sahaja peranti yang berstatus andalan (flagship) baharu yang ada di pasaran tempatan.
Dengan cip yang dikuasakan Snapdragon 888 dan digandingkan memori 8GB dan storan dalaman hingga 256GB, ia tiada masalah untuk dijadikan peranti harian.
Selain itu, paparannya juga cantik, kamera yang baik serta pembesar suara yang sedap didengar kerana ditala Harman Kardon. Namun, apa yang penting adalah harganya hanya pada RM2999.
Beli Mi 11 di Shopee – https://invol.co/cl3wjvs
Bawah RM2000 – POCO F3
Telefon yang berada di bawah paras harga ini mempunyai banyak pilihan. Akan tetapi, kebanyakan peranti dengan harga sekitar ini adalah berkelas pertengahan.
Oleh itu, POCO F3 adalah sebuah nama peranti yang tidak perlu disebutkan lagi. Ketika pelancarannya juga menjadi kegilaan ramai orang. Malah, tanda pagar (hashtag) “baik beli POCO” turut kembali.
Manakan tidak, telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 870 bersama-sama 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan paparan E4 AMOLED 120Hz.
Kamera yang terdapat padanya juga adalah cukup baik pada tanda harga RM1399.
Beli POCO F3 di Shopee – https://invol.co/cl3wjwh
Bawah RM1000 – Redmi Note 10 Pro (6/128GB)
Siri Redmi Note 10 juga menjadi bualan hangat peminat di Malaysia kerana ramai yang tidak menyangka bahawa pada harga sebegitu, ia sudah menawarkan panel AMOLED dengan kadar penyegaran tinggi.
Peranti Redmi Note 10 Pro dijana cip Snapdragon 732G, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB dan tetapan kuad kamera. Untuk varian ini, ia dijual dengan harga RM999.
Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh memilih model yang biasa, Redmi Note 10 sekiranya bajet anda hanya sekitar bawah RM800.
Tambahan lagi, untuk yang mahu bermain permainan mudah alih (game), POCO X3 Pro boleh masuk dalam senarai pilihan anda.
Beli Redmi Note 10 Pro di Shopee – https://invol.co/cl3wjxk
Beli Redmi Note 10 di Shopee – https://invol.co/cl3wjy1
Beli POCO X3 Pro di Shopee – https://invol.co/cl3wk6b
Kamera (Gambar) Terbaik – Samsung Galaxy S21 Ultra
Ini mungkin jadi perdebatan antara dua golongan terutama Android dan juga iOS. Jika Android, mungkin peranti Pixel menjadi pilihan tetapi ia tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.
Jadi, Samsung Galaxy S21 Ultra adalah sesuai buat anda. Walaupun harganya mahal berbanding tahun lalu tetapi tidak dapat dinafikan kualiti yang diberikan Samsung.
Selain kamera yang cukup baik, spesifikasinya juga bersifat Ultra. Paparan dilengkapi 6.8 inci QHD+ AMOLED 120Hz. Turut terbina cip Exynos 2100, 12GB RAM serta storan dalaman 256GB.
Peranti ini diletakkan tanda harga RM5299. Perlu diingatkan, ini adalah peranti yang sesuai untuk yang mahukan yang terbaik.
Beli Samsung Galaxy S21 Ultra di Shopee – https://invol.co/cl3wk6u
Kamera (Video) Terbaik – iPhone 12 Pro Max
Barisan iPhone sering dipilih kerana ramai yang menyukai kualiti kameranya. Namun sebenarnya, rakaman video yang dihasilkan iPhone adalah antara yang terbaik anda boleh dapatkan pada telefon pintar.
Bukan sahaja dari kemampuan rakaman yang stabil, kualiti audio yang ditangkap juga adalah baik.
Malah, pada iPhone 12 Pro Max turut mampu merakam video Dolby Vision, iaitu rakaman 10-bit HDR. Ia juga mempunyai rakaman waktu malam lebih baik berbanding modelnya terdahulu. Harga jualannya pula adalah bermula RM5299.
Beli iPhone 12 Pro Max di Shopee – https://invol.co/cl3wk97
Kamera Swafoto (Selfie) Terbaik – vivo V21
Bagi penggemar swafoto, peranti baru yang dilancarkan vivo, iaitu V21 adalah sesuai dengan anda.
Kamera hadapannya dilengkapi 44MP OIS. Mod malamnya juga cemerlang tidak kira jika anda hanya mengambil gambar sahaja mahupun rakaman video swafoto. Malah, anda turut boleh merakam pada resolusi 4K dengan kamera swafoto V21.
Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED, dikuasakan MediaTek Dimensity 800U, 8GB RAM (+3GB RAM), storan dalaman 128GB dan slot mikroSD hingga 1TB. Ia dijual dengan harga RM1599.
Beli vivo V21 di Shopee – https://invol.co/cl3wka1