Ini Adalah Telefon Pintar Pertama Yang Diperbuat Dari Carbon Fiber

Carbon Mobile, syarikat dari Jerman hari ini telah mengumumkan sebuah telefon pintar yang pertama menggunakan bahan dari Carbon Fiber iaitu Carbon 1 MK II.

Telefon ini juga sudah rasmi untuk pra-tempahan di kedai terpilih dengan tanda harga €799 (~RM3895).



Spesifikasinya tidak beberapa baik untuk tanda harga sebegitu kerana mereka mahu mengurangkan kos bagi telefon ini.

Ia dijana cip MediaTek Helio P90, 8GB RAM dan storan 256GB. Turut dilengkapi skrin 6 inci AMOLED dan menjalankan Android 10 dan bakal menggunakan Android 11 juga.



Dari segi kamera, hadir dengan dwi-kamera 16MP dan 20MP kamera hadapan. Bateri dimuatkan pula sebesar 3000mAh dimana sangat 'luar biasa' bagi sebuah telefon Android.

Spesifikasi lain adalah sokongan dwi SIM 4G, WiFi 5, Bluetooth 5.0, USB-C dan juga NFC.

Namun, keistimewaan telefon ini adalah pada kerangka binaannya yang mempunyai bahan daripada carbon fiber. Ia dibangunkan dengan teknologi HyRECM.



Malah, beratnya hanya 125g yang mana kebanyakan telefon pintar masa kini hanya sekitar 180g. Ini amatlah ringan walaupun ia bukan bersaiz mini.

Pada pandangan anda, adakah penting untuk memiliki telefon pintar yang ringan?

Sumber: gsmarena