Ini Adalah Storan SSD Kapasiti Terbesar Di Dunia Yang Ada Ditawarkan Ketika Ini

Hanya berharga dari USD12,500.


NimbusData, firma pengeluar peranti storan popular pernah mengumumkan model terbaru storan SSD (Solid State Drive) ExaDrive terbaru bagi siri DC dalam tahun 2018 lalu.

Ia merupakan storan SSD berkapasiti terbesar di dunia yang ada ditawarkan ketika ini iaitu 100TB. Storan ini ditawarkan dalam 2 saiz iaitu 3.5 inci dan 2.5 inci di mana kelajuan membaca dan menulis data (read/write)yang mampu dicapai sehingga 500/460MB/s.

The world's largest SSD now holds 100TB of data - DIY Photography

Cumanyanya, baru kini harga bagi model storan tersebut didedahkan di laman rasmi mereka.

Storan SSD ExaDrive ini yang disasarkan khusus untuk syarikat-syarikat besar ini berharga dari USD12,500 seunit bagi kapasiti 50TB.

Manakala harga storan yang sama berkapasiti 100TB pula mencecah sehingga USD40,000 seunit.

Jaminan Nimbus Data bagi Siri ExaDrive DC ini adalah selama 5 tahun.

Untuk info lanjut, layari laman Nimbus Data.

Sumber: Tech Radar