Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Adalah Senarai Laman Sesawang Yang Paling Banyak Melepaskan Karbon Dioksida Setiap Tahun

Ini Adalah Senarai Laman Sesawang Yang Paling Banyak Melepaskan Karbon Dioksida Setiap Tahun

Diterbitkan Julai 20, 2021 · Dikemas kini Julai 20, 2021 oleh ariff bukhari

Tahukah anda, setiap kali anda melayari sesebuah laman sesawang, anda juga telah menyebabkan belakunya pembebasan karbon dioksida?

Seperti semua sedia tahu, karbon dioksida atau lebih dikenali sebagai CO2 adalah antara gas yang menyebabkan berlakunya kepada isu pemanasan global.

Tetapi, apa kena-mengenanya pula dengan melawati laman sesawang dengan pembebasan karbon?

Setiap laman sesawang dikuasakan oleh tenaga elektrik. Tenaga elektrik pula ada yang bersumberkan daripada pembakaran bahan api fosil (seperti arang batu) yang menyebabkan karbon dari bahan tersebut dilepaskan ke udara.

Pelayan (server) yang besar pula pastinya akan menggunakan sumber tenga elektrik yang besar juga.

Menurut laman analisis WebsiteToolTester, laman perkongsian video YouTube  adalah yang paling banyak membebaskan karbon di mana dianggarkan sebanyak 702,000,000,000 karbon dihasilkan oleh laman tersebut setiap tahun.

Ia diikuti oleh laman enjin carian Google, platfom terbaru persidangan video Zoom, laman sesawang Daily Mail dan Reddit.

Berikut adalah senarai 50 laman sesawang yang paling banyak melepaskan karbon dioksida setiap tahun menurut WebsiteToolTester:-

Ini Adalah Senarai Laman Sesawang Yang Paling Banyak Melepaskan Karbon Dioksida Setiap Tahun

Sungguhpun karbon dioksida adalah antara punca utama kepada isu pemanasan global, tetapi ia juga penting bagi penghasilan oksigen yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis.

Karbon dioksida yang dilepaskan secara berlebihan ke atmosfera yang berlaku ketika ini adalah berpunca daripada kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

Renung-renungkanlah.

Sumber: WebsiteToolTester

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY