Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Tonton Video ‘Speed Test’ Telefon Pintar

Ini Adalah Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak Berkongsikan Data Pengguna Dengan Pihak Ketiga

Diterbitkan Jun 6, 2021 oleh ariff bukhari

Isu privasi hangat diperkatakan ketika ini. Perang privasi antara Apple dan Facebook serta isu penolakan polis privasi WhatsApp oleh pengguna antara isu yang menjadi tajuk utama media-media massa ketika ini.

Tetapi tahukah anda bahawa data privasi kita secara disedari atau tidak sebenarnya turut dikutip oleh pelbagai aplikasi yang dipasang ke dalam telefon pintar dan kemudiannya dikongsikan kepada pihak ketiga yang tidak diketahui siapa mereka.

Menurut penyelidik privasi dari pCloud, sebarang maklumat yang dipersetujui anda untuk dikumpul oleh sesebuah aplikasi akan dianalisis dan seterusnya dikongsikan.

Antara data yang dikongsikan itu adalah seperti lokasi, data pelayaran di laman sesawang, maklumat perbankan dan banyak lagi.

Ringkasnya, apabila anda bersetuju terima terma dan syarat sesebuah aplikasi itu, ia akan dikumpul dan dikongsikan kepada pelbagai pihak.

Berikut adalah senarai aplikasi-aplikasi yang dikesan pCloud paling banyak berkongsikan data pengguna dengan pihak ketiga:-

Ini Adalah Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak Berkongsikan Data Pengguna Dengan Pihak Ketiga

Daripada carta di atas, jelas dapat disimpulkan bahawa aplikasi-aplikasi media sosial adalah yang paling banyak mengumpul dan berkongsikan data pengguna dengan pihak ketiga.

Tetapi itu tidak bermakna ia memberi risiko kepada privasi anda.

Apa yang penting adalah anda menggunakan aplikasi-aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun sah dari platfom rasmi sahaja seperti Apple AppStore dan Google Play Store.

Bukan memasang aplikasi-aplikasi menerusi platfom yang diragui kesahihannya serta tidak terpedaya dengan aplikasi-aplikasi palsu yang meniru aplikasi sebenar bagi memperdaya pengguna.

Sumber: pCloud

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY