Ini Adalah Rupa Bentuk Redmi Note 10, Hadir Dengan Rekaan Modul Kamera 48MP Yang Berlainan

Xiaomi seperti yang diketahui mempunyai 2 kitaran pelancaran untuk model Redmi Note.

Pada awal tahun ini mereka telah melancarkan siri Redmi Note 9 dan mendekati penghujung tahun 2020, sudah tiba masanya untuk Redmi Note 10 pula menerpa masuk.

Ada ura-ura sebelum ini yang mengatakan ia bakal dijana oleh MediaTek Dimensity 820 yang merupakan cip 5G kelas pertengahan.

Terbaru, laman Weibo telah memperlihatkan rekaan telefon yang dikatakan Redmi Note 10 ini. Ia mendedahkan rekaan serba baharu berbanding Redmi Note 9 dengan kamera berlubang dan juga modul kamera belakang sedikit berbeza.

Tambahan maklumat, ia juga masih mengekalkan panel LCD. Kelihatannya realme 7 Pro lebih terkehadapan dengan menyertakan panel AMOLED berbanding Redmi Note 10.

Kapsyen: Gambar yang dikatakan Redmi Note 10


Selain itu, sumber lain pula mengatakan ia akan menggunakan kamera dengan sensor 48MP. Namun masih tidak diketahui sama ada ia adalah sensor dari Sony, Samsung, atau pengeluar lain seperti Omnivision.

Pelancaran Xiaomi Redmi Note 10 masih belum diketahui buat masa ini. Kemungkinan ia dalam masa terdekat untuk memberi saingan kepada jualan siri realme 7 Pro yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Sumber: Weibo