Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan

Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan

Diterbitkan November 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebelum era telefon pintar dengan rekaan petak seperti bar coklat, pengeluar lebih kreatif dalam menghasilkan rekaan tersendiri. Sony Ericsson VAIO adalah salah satu daripadanya.

Ia adalah telefon pintar yang sepatutnya dilancarkan sekitar tahun 2010-2011.

Namun begitu, telefon ini tidak pernah dijual secara rasmi atas sebab-sebab tertentu. Pihak XDA kini telah berjaya mendapatkan gambar eksklusif telefon tersebut untuk memperlihatkannnya kepada awam.

Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan

Sony Ericsson VAIO adalah merupakan telefon pintar 5.5 inci dengan engsel gelungsur serta papan kekunci fizikal QWERTY.

Engselnya adalah sedikit unik di mana ia menggelungsur secara rata dan kemudiannya menaik secara serong. Ia berfungsi seumpama engsel pada Nokia N97 yang pernah diperkenalkan pada tahun 2009 dahulu.

Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan
Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan

Sesuai pada zamannya, telefon ini menjalankan Android 2.1 Eclair dan dilengkapi dengan 3 butang menu di bawah skrin. Terdapat juga satu set menu kedua pada papan kekunci dalam saiz kecil.

Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan
Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan

Ia juga mempunyai 4 getah kaki di bahagian belakang telefon yang memberi petunjuk ia sepatutnya digunakan di atas meja.

Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan

Pun begitu, Sony Ericsson VAIO ini tidak pernah dilancarkan. Jika Sony hadir dengan rekaan seperti ini pada ketika itu, ia kelihatan unik berbanding telefon pintar sezamannya.

Tambahan lagi, jenama Sony dan juga VAIO amat gah dengan produk alat elektronik yang hebat membuatkan sudah tentu peminat memberikan perhatian penuh kepada telefon ini.

Sumber: XDA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY