Ini Adalah Mengapa vivo X50 Pro Merupakan Peranti Terbaik Untuk Rakaman Video Malam

Buat pertama kalinya dalam industri telefon pintar, sebuah gimbal diletakkan dalam sebuah modul kamera. Seperti yang diketahui, penggunaan gimbal dalam sesebuah kamera adalah untuk menghasilkan satu penstabilan yang lebih lancar dan sempurna.

https://www.youtube.com/watch?v=C4CyW41QmKI

Dengan vivo X50 Pro, bukan sahaja gimbal ini boleh digunakan untuk penggambaran, malah juga rakaman video terutamanya pada waktu malam serta kurang cahaya.

Sebelum berkata mengenai penstabilan gimbal pada kamera vivo X50 Pro ini, eloklah terlebih dahulu untuk menceritakan spesifikasinya. Pada vivo X50 Pro, ia dilengkapkan dengan 4 kamera belakang.

Kamera yang dilengkapi dengan gimbal tersebut adalah kamera utama bersaiz 48MP. Kemudiannya terdapat kamera 8MP periskop dengan zum optikal 5x, 13MP telefoto zum optikal 2x, dan juga sebuah 8MP untuk sudut lebar.

Penstabilan Gimbal


Penggunaan gimbal pada vivo X50 Pro ini sudah diaktifkan secara lalai jadi anda tidak perlu bersusah payah membelek tetapan untuk menggunakannya. Dengan gimbal, ia membolehkan video rakaman lebih stabil disebabkan gimbal akan melawan kembali pergerakan tangan pengguna.

https://www.youtube.com/watch?v=ve-UB5J1Z10

Kamera ini akan bergerak bukan sahaja ke atas, bawah, kiri, atau kanan, tetapi juga secara sendeng yang memimikkan pergerakan mata manusia. Ini akan membolehkan kamera fokus dengan lebih lancar serta pergerakan yang kurang bergegar.

Lebih Stabil Dengan Ultra Stable


Seperti pada peranti vivo yang lain, mod penstabilan Ultra Stable berasaskan perisian iaitu EIS turut hadir pada X50 Pro. Untuk menggunakan mod ini, hanya perlu tekan pada ikon tangan pada mod rakaman video sehingga keluarnya perkataan Ultra Stable.



Jadi, gabungan antara gimbal dan juga Ultra Stable ini akan menjadikan rakaman video vivo X50 Pro sangat stabil serta kurang gegaran.



Jika anda seorang pengguna tegar yang suka merakam video menggunakan kamera peranti pintar, anda pasti tahu malam atau kurang cahaya merupakan waktu paling dibenci kerana kurangnya kualiti.

Sesuai Untuk Pencipta Karya Dan Vlogger


Ini adalah apa yang vivo X50 Pro cuba selesaikan dengan kamera gimbal serta mod Ultra Stable. Ia sudah tentu akan menarik hati terutamanya para vloggers dan pencipta karya untuk mencuba ciri ini.

Lebih-lebih lagi, ia menghilangkan keperluan untuk membawa aksesori tambahan semata-mata untuk penstabilan seperti tripod. Jadi, anda hanya perlu bawa peranti vivo X50 Pro sahaja untuk merakam. Tiada lagi membawa aksesori banyak yang menyusahkan pergerakan anda ketika merakam atau mengambil gambar.

Sebagai rumusan, vivo X50 Pro ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, RAM 8GB dan juga storan dalaman sehingga 256GB. Turut dilengkapi adalah bateri berkapasiti besar 4,315mAh yang mampu bertahan sepanjang hari.

https://www.youtube.com/watch?v=v8r7B_M0oDY&list=PL8jOBvX3PRaek2o9qP_H6LA9ulGomXKM6&index=5&t=0s

Harga jualan rasmi vivo X50 Pro untuk pasaran Malaysia adalah RM3,199. Anda boleh mendapatkannya melalui laman rasmi vivo ataupun dari pengedar peranti vivo yang sah dari seluruh negara.