Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Book

Ini Adalah Komputer Riba Dan Tablet Pertama Dari realme

Diterbitkan Jun 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Nampaknya teka-teki berakhir kerana komputer riba pertama daripada realme diperlihatkan buat pertama kali walaupun belum dilancarkan.

Menerusi gambar yang dikongsikan Android Authority melalui BBK Electronics, komputer riba itu tampil dengan tubuh dari aluminium, nipis serta warna kelabu seakan MacBook.

Ini Adalah Komputer Riba Dan Tablet Pertama Dari realme
Ini Adalah Komputer Riba Dan Tablet Pertama Dari realme

Di bawahnya, terdapat lubang pengudaraan dan dwi-pembesar suara. Keunikan terserlah apabila nisbah skrinnya menggunakan 3:2. Paparannya juga menampakkan sistem operasi Windows dan bezel nipis padanya mengingatkan barisan MacBook sekarang.

Ini Adalah Komputer Riba Dan Tablet Pertama Dari realme

Pun begitu, tiada maklumat berkaitan spesifikasi komputer riba yang mungkin digelar realme Book ini.  Selain itu, satu lagi kejutan adalah tablet realme – realme Pad. Sekilas pandang, rekaan sisinya seperti petak.

Ini Adalah Komputer Riba Dan Tablet Pertama Dari realme

Dalam pada itu, berkemungkinan besar kedua-dua peranti tersebut bakal diperkenalkan bersama-sama realme GT 5G yang dijadualkan pada 15 Jun ini. Oleh itu, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Baca juga – realme, Jenama Telefon Pintar Paling Pesat Berkembang Dalam Pasaran 5G

Sumber: Android Authority

Foto utama: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY