Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A95

Ini Adalah Hasil Gambar Dari OPPO A95

Diterbitkan Disember 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri A daripada OPPO merupakan satu siri yang menawarkan telefon pintar pada harga yang mampu milik. Mereka baru-baru ini pun telah melancarkan OPPO A95 tetapi sedikit berbeza fokusnya kali ini.

Kenapa?

Seperti OPPO A93 terdahulu, OPPO berani memasarkannya dengan kemampuan kamera. Namun, pada OPPO A95, ia lebih kepada prestasi, bateri dan juga rekaan. Pelik bukan?

Jadi, tidak hairanlah OPPO A95 ini jauh lebih mampu milik berbanding pendahulunya di mana telefon tersebut hanya dijual pada tanda harga RM1099.

Walaupun tidak dipasarkan sebagai telefon yang memfokuskan fotografi tetapi hasil gambar yang diberikan agak memuaskan.

Namun, sebelum kita bergerak kepada hasil daripada kamera OPPO A95, kita lihat dahulu pada rupa luarannya.

Rupa peranti ini masih lagi mempunyai identiti OPPO itu sendiri tetapi modul kameranya sudah mengikuti trend telefon mereka yang dilancarkan pada tahun ini seperti Reno6.

Telefon yang berada pada kami mempunyai kemasan warna Glowing Rainbow Silver. Walaupun ada nama ‘silver’ tetapi tidaklah nampak silver kerana ‘rainbow’ itu memperlihatkan warna sedikit lain.

Ada kala warnanya putih, ada kala sedikit ungu, kadangkala berwarna silver. Berbeza mengikut sudut pandang dan pencahayaan persekitaran.

OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95

Selain itu, meskipun warnya berkilat tetapi tampil dengan kemasanĀ matte yang membuatkan sedap juga dipegang walaupun tidak memakai perlindung peranti (casing).

Beralih pada dalaman, OPPO A95 dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 662, storan dalaman 128GB serta padanan memori 8GB RAM. Akan tetapi, memori boleh ditambah sehingga 5GB sekiranya rasa masih tidak mencukupi.

Prestasinya masih boleh diterima. Sepanjang penggunaan kami, kadangkala ada juga terasa sedikitĀ lagging walaupun tidak kerap. Pun begitu, tidak membantutkan penggunaan harian.

Kelebihan OPPO A95 boleh dilihat pada prestasi baterinya. Berbekalkan 5000mAh, tidak ada masalah bagi kami untuk menggunakannya seharian tanpa perlu mengecas. Sokongan pengecasan 33W Flash Charge juga sudah mencukupi memberikan masa tambahan dalam menggunakannya.

OPPO A95 Cas

Selain itu, telefon ini turut mempunyai paparan 6.43 inci berpanelkan AMOLED. Kekurangannya adalah kadar segar semula 60Hz memandangkan banyak peranti lain yang sudah mencapai sekuran-kurangnya 90Hz.

Namun begitu, AMOLED itu menyelamatkannya kerana panel IPS dan AMOLED memberikan hasil yang berbeza terutama warna yang dilihat. Mudah kata, boleh memuaskan nafsu hiburan ketika melayan kandungan di YouTube mahupun Netflix.

OPPO A95 4

Selesai berceloteh tentang luaran dan dalaman peranti, kita beralih kepada kemampuan kameranya. Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, telefon ini tidak memfokuskan kamera tetapi hasil gambarnya agak baik dan sesuai dengan tanda harga yang diletakkan.

Secara keseluruhannya, gambar pada waktu siang memang tidak menjadi masalah untuk OPPO A95. Sedikit kelemahannya dilihat pada suasana malam. Ini kerana ketajaman gambar tidak berapa begitu baik dengan adanya hingar (noise).

Gambar Pada Waktu Siang Dari OPPO A95

OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95

Gambar Pada Waktu Malam Dari OPPO A95

OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95
OPPO A95

Pun begitu, sudah cukup memadai bagi telefon pintar ini baik dari segi kamera utama atau pun kamera swafoto. Sesuai bagi mana-mana golongan yang meminati peranti OPPO.

Oleh yang demikian, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan peranti OPPO A95 ini, ia boleh didapati menerusi gedung dalam talian OPPO, Shopee atau Lazada dengan harga RM1099.

Tidak terhenti di situ, OPPO Malaysia bakal mengadakan promosi akhir tahun yang akan berlangsung tidak lama lagi dari sekarang di mana terdapat RM8 juta ganjaran yang boleh didapati.

Malah, ahli MY OPPO turut akan menikmati ganjaran lebih menarik seperti tiket ke taman tema Genting SkyWorlds, penginapan di hotel dan banyak lagi. Jadi, nantikan maklumat lanjut mengenainya kelak.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY