Telefon Ini Mampu Berikan Hasil Foto Yang Cantik

Beberapa tahun yang lalu, telefon pintar hanya hadir dengan satu kamera sahaja. Kemudian, trend penggunaan lensa yang banyak sudah dapat dilihat. Seterusnya, jenama-jenama telefon pintar sentiasa bersaing dalam memberikan yang terbaik kepada penggunanya.

Perkara utama dalam menjadikan sesebuah telefon pintar itu berkuasa, semestinya sensor dan resolusi yang dimuatkan ke dalam peranti.

Oleh itu, pasti anda mahukan sebuah peranti yang mempunyai keupayaan kamera yang mampu membuatkan orang ramai terpesona dan apa yang paling penting, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang lebih bagi mendapatkan hasil gambar atau rakaman yang terbaik.

realme baru-baru ini telah selamat memperkenalkan siri terbaharu, iaitu realme 8 Pro dimana peranti ini mempertaruhkan kemampuan kamera yang sangat cemerlang dengan tanda harga mampu milik.



Buat pengetahuan, realme 8 Pro merupakan sebuah telefon pintar yang menampilkan kamera utama beresolusi 108MP dan ia adalah yang tertinggi dalam mana-mana telefon yang dijual di pasaran buat masa sekarang.



Di sebalik kamera itu, ia dilengkapi sensor generasi ketiga ISOCELL HM2 dengan sensor tambahan sebesar 1/1.52 inci



Antara ciri yang ditawarkan menerusi sensor kamera ini adalah ia menjamin kualiti kamera yang sangat cantik dan teknologi Smart-ISO turut memberikan kehebatannya tidak kira pada cahaya yang sangat terang mahupun persekitaran yang kurang cahaya.



Selesai dengan kamera utama, realme 8 Pro juga digandingkan dengan lensa ultra lebar dimana kamera ini sangat digemari pengguna. Pada peranti ini, ia terbina 8MP dengan sudut 119° dan dengan ini, anda tidak lagi perlu merendahkan badan bagi mengambil gambar pemandangan atau seni bina bangunan yang cantik.

Kapsyen: mod Ultra Lebar


Selain itu, telefon ini turut mempunyai lensa makro yang mana ia memberikan pengambilan gambar pada jarak 4cm daripada objek dan kewujudan kamera ini dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan lebih bergaya untuk ditunjukkan di media sosial.

Tidak cukup dengan itu, bagi penggemar fotografi potret juga boleh menghasilkan gambar yang memukau kerana realme 8 Pro hadir dengan lensa hitam dan putih (B&W). Jika anda tidak tahu, fungsinya adalah bagi menghasilkan imej retro dan meningkatkan kontras serta tekstur yang cemerlang pada gambar potret.

Mungkin anda rasa segala yang realme 8 Pro ini tawarkan tidak cukup akan tetapi masih terdapat lagi beberapa fungsi yang mampu membuatkan anda berfikir kembali untuk membeli telefon ini. Berikut adalah beberapa ciri baharu yang mampu menambat hati anda.

Ultra-clear 108MP Mode




Mahukan imej yang sangat jelas dan tajam? Menerusi kamera utama 108MP, anda mampu mengambilkan gambar yang sangat cantik dengan menggunakan mod 108MP.



Dengan resolusi yang sangat tinggi ini, tiada masalah untuk anda crop imej pada mana-mana bahagian tanpa mengurangkan kualitinya.

New Super Nightscape




Mod malam sudah banyak ditawarkan dalam mana-mana telefon pintar. Akan tetapi, melalui Super NightScape, ia berupaya menghasilkan gambar yang sangat terang dan noise yang sangat minimum walaupun persekitaran yang kurang cahaya.

3X In-sensor Zoom




Jika anda suka mengambil gambar objek yang sangat jauh, realme 8 Pro dilengkapi keupayaan zum 3X. Apa yang menariknya, imej yang diambil lebih pantas. Malah, ia juga tidak menjejaskan kualiti gambar tersebut.


New Starry Mode & Starry Time-Lapse Video




Adakah anda penggemar astrophotography? Mod yang terdapat pada realme 8 Pro ini sangat sesuai dengan anda.

Ini kerana, ia mempunyai Starry Mode yang mana realme telah meningkatkan keupayaannya bagi memberikan foto bintang-bintang pada waktu malam kelihatan sungguh terang dan cantik.

Tidak cukup dengan gambar dari starry mode, ia juga menampilkan rakaman video time-lapse starry yang pertama di dunia.

Dengan hanya menggunakan peranti ini bersama sebuah tripod, anda mampu mengambil 240 foto starry tanpa sebarang masalah.

Tilt-shift Mode dan Tilt-Shift Time-Lapse Video




Selain starry time lapse video yang pertama di dunia, realme 8 Pro juga mempunyai tilt shift mode bagi foto dan juga video.



Apa yang menarik tentang fungsi ini adalah ia dapat mengubah perspektif fotografi lain daripada yang lain kerana gambar persekitaran anda dapat menjadi seperti miniature

Trendy Portrait




Kali ini, realme memberikan anda pilihan fotografi potret yang sangat banyak dan jauh lebih cantik. Pertama sekali, mod yang paling menarik perhatian adalah neon portrait. Ia sangat sesuai bagi penggemar foto yang berlatarbelakangkan lampu-lampu neon. Malah, suasana atau mood Cyberpunk juga dapat dirasakan.

Kapsyen: Dynamic Bokeh


Seterusnya Dynamic Bokeh yang mana imej yang anda ambil tidak lagi terganggu dengan latar belakang yang banyak bergerak atau sibuk.

Kapsyen: AI Portrait


Akhir sekali, peranti ini didatangkan dengan fungsi AI portrait yang baharu dan jauh lebih berkuasa kerana anda sendiri tidak perlu pening kepala dalam mengambil gambar. Ini disebabkan algoritma yang terbina sudah memudahkan anda bagi menghasilkan gambar yang cemerlang dan terbaik.



Dalam pada itu, jika anda berminat untuk memiliki peranti realme 8 Pro ini, ia dijual pada harga RM1299 dengan dua pilihan warna iaitu Infinite Blue dan Infinite Black. Anda boleh dapatkannya di semua pengedar rasmi realme seluruh negara.

**Artikel Ini Dibawakan oleh realme Malaysia