Ini Adalah Harga Rasmi Aksesori Untuk ROG Phone 5

Semalam kita telah lihat pelancaran telefon gaming yang dinantikan ramai iaitu ASUS ROG Phone 5 dan dijual pada harga bermula RM2999.

Bersama-sama pelancaran telefon tersebut, ASUS juga memperkenalkan barisan aksesori yang boleh digunakan untuk ROG Phone 5.

Bermula dengan kipas penyejuk yang sinonim dengan telefon ini, AeroActive Cooler 5. Tahun ini, ia dilengkapi dua butang tambahan yang boleh digunakan.



Malah, ROG Phone 5 juga hanya boleh menggunakan AeroActive Cooler 5 sahaja. Bermakna, jika anda mempunyai aksesori ini pada versi yang lama, ia tidak dapat digunakan.

Selain itu, terdapat ROG Kunai 3 Gamepad yang mana ia membolehkan anda menggunakan seperti alat kawalan bagi memainkan permainan.



Tambahan lagi, ASUS turut memperkenalkan fon telinga baharu, ROG Cetra II Core dimana tampil dengan rekaan lebih ringan, sambungan bicu audio 3.5mm 90 darjah, tip silikon baharu dan kawalan audio beserta mikrofon.

Berikut adalah harga jualan rasmi bagi kesemua aksesori baharu ini:

  • AeroActive Cooler 5 - RM149

  • Lighting Armor Case ROG 5 - RM199

  • ROG Kunai 3 Gamepad - RM499

  • ROG Kunai 3 Bumper - RM69

  • ROG 1.8m USB-C ke USB-C - RM59

  • ROG Strix GO core - RM319

  • ROG Cetra II - RM499

  • ROG Cetra II core - RM199


Bagi yang berminat, fon kepala ROG Strix GO core sudah tersedia bermula hari ini. Sementara aksesori lain akan mula dijual pada April dan Mei.